Monday, January 10, 2011

Ketentuan.

Bayang-bayang sendiri.Aku mencari yang hakiki dan abadi,yang sentiasa berlalu dan tiada hentinya,yang sentiasa mengalir mengikut arusnya.Masih mencari rentak kehidupan di pentas perjalanan dunia yang penuh dengan dugaan.Cuba menjadikan dugaan dan pesona satu irama indah sambil membawa kesakitan berlalu pergi tanpa bererti.Kata dari Pak Tua jangan kau lupakan asal usul dan keperibadian seorang yang bernama Islam dan Melayu,yang punya budaya, adat dan canggung bangsa sendiri.Harus membina jambatan untuk menyeberangi ke satu destinasi sambil meletakkan dugaan dan ujian sebagai tiang kekuatan sebuah perjalanan.
Hei manusia bangkrut(untuk diri sendiri),sampai bila kau mahu teruskan kehidupan sebegini,seperti tiada hala tuju dan tiada petunjuk.




Wednesday, January 5, 2011

Idea.

Tidak lagi mencurah.Hilang entah kemana.Walhal selalu hadir dalam sekelip mata.Ini yg terakhir dalam sebuah idea untuk jangka masa ini.

Di manakah,
Sinar yangku cari dahulu,
Tidak menjelma jua,
Di saat aku memerlukan,
Untuk menerangi kehidupan.

Kegelapan mengunjung kembali,
Kesuraman kehidupan mewarnai,
Tiada rasa simpati duniawi,
Tetap dengan takdir dari Ilahi.

KAU luruhkan pelbagai ujian,
KAU berikan pelbagai dugaan,
Awan yang berlalu pilu,
Seakan memahami apa yang dilalui.

Mati kata.Teramat sulit untuk menruskan kata.Apa yang berlaku.Mungkin terlalu mengharapkan ia untuk muncul.Tanpa mengambil peduli untuk mencari sesuatu,sambil memainkan sekeliling sebagai sumber.

Ilham,berikan peluang untuk terus mencetuskan idea.




Friday, December 31, 2010

Terkadang.


Aku terlalu emosi dengan situasi.Kenapa mesti ada pengacau dalam ketenangan.Kenapa diadakan kekalutan dalam kelancaran.Apa yang sebenarnya dimahukan.Ketawa,dalam masanya ada juga perlu diambil perhatian.Berapa banyak lagi yang akan dijelmakan.Terlalu letih untuk menghadap,terlalu banyak lagi kejanggalan.
Petunjuk,aku mahukan petunjuk.Begitu juga arah,tunjukkan arah yang sebenar.
KAu yang maha esa,Kau yang maha pengasih,Kau yang maha penyayang.
HAmbamu ini terlalu resah,
Hambamu ini terlalu kufur,
Hambamu ini terlalu kusut.
Tunjukkanlah,permudahkanlah dan Kau tetapkanlah.
Dimana tempat yang perluku tujui dan dimana arah yang perluku tempuhi.
Walau dalam terang,aku masih mahukan cahaya.Walau dalam gelap sekalipun,aku tetap mahukan cahaya.

Aku masih resah dan terus resah.
Terlalu kacau.
Pedoman,aku mahukan pedoman.

Saat jiwa haru!!
kacau-bilau!!


Wednesday, December 29, 2010

Rasa.


Agaknya apa yang dia rasa.Cerita dia buat aku tertanya-tanya,inikah pukulan sebuah cinta.Barangkali dia terlalu berat untuk menerima dan menghadapi ego pukulan cinta.Tapi aku tahu sahabatku yang sorang ni kuat untuk menghadapi segala kemungkinan.Sukar untuk menunjukkan kesulitan tapi tetap juga kelihatan.Harapan supaya dia positif dan menghadapi situasi dengan ketenangan yang dimiliki.Semoga berjaya.( ^ __ ^ )'

Sekilas.
Macam-macam yang berlaku.Kesakitan datang lagi.Menyukarkan untuk melakukan sesuatu yang digemari.Apalah nasib.Sabar tetap tabah.Satu persatu yang menyusul.
Tapi tidak mengapa,sekadar mengambil positif dengan apa yang berlaku.Bukan untuk mengambil mudah.Insyaallah.

( ^ __ ^ )'
Aku kehilangan kata.



Monday, December 27, 2010

Antaranya.


Banyak perubahan.Penutup untuk akhir ini penuh dengan warna.Dari lawan kembalinya menjadi kawan,dari jauh kembalinya menjadi dekat.Tapi sepekara yang masih belum terlaksana lagi,di mana DESTINASI.Terlalu lama mengambil masa untuk bersatu.Daya untuk kembali seakan kabur.Masih lagi menyelesaikan dengan perkara masing-masing.Keyakinan masih kuat dan percaya suatu masa itu akan muncul juga.

Hari ini kita kecoh dengan bola sepak.Sang GARUDA dibaham dengan HARIMAU MALAYA.Indah kabar dari rupa.Tidak la sehebat mana.Disangka memang jaguh ASIA TENGGARA,sekali makanan bagi sang HARIMAU MALAYA.Apa pun tahniah untuk skuad kebangsaan kerana menunjukkan kebangkitan yang cukup hebat.Mengambalikan suasana sebuah stadium yang cukup menggerunkan,dengan persembahan dan aksi yang benar-benar menghiburkan.SYABAS MALAYSIA,SYABAS!!
Buktikan pula kepada penyokong sang GARUDA bahawa kita tidak akan terjadi apa-apa di GELORA BUNG KARNO nanti.
Tunggu wahai SANG GARUDA,HARIMAU MALAYA MASIH MAHU MENGAMUK!!

Ramai-ramai kita memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak MALAYSIA.
MALAYSIA BOLEH!!