Sunday, August 14, 2011

Ada.

Kami kenal sejak sekolah.Tapi tidaklah kenal rapat diantara satu sama lain.Hubungan kami menjadi rapat apabila masing2 telah menamatkan zaman persekolahan.Malahan ada diantara mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain walaupun berada dalam satu sekolah.Dengarnya agak kelakar.Ada juga diantara mereka ni berlainan sekolah dan berlainan latar blakang.

Masing2 ada dengan cara masing2,perangai,tingkah laku dan bermacam lagi.Dek kerana itu,ia tampak warna warni,sentiasa ada perkara yang mahu dilakukan.Ada berperangai dengan kuat ketawanya,tegasnya,kuat membebelnya,buat lawaknya,garangnya,diam2 ubinya dan macam2 lagi.Dengan erti kata lain semua lengkap dengan ciri masing2.Itulah yang paling susah nak jumpa.Mereka sahaja yang ada,orang lain memang tak ada.Nak dikutkan,dah macam2 perkara dilakukan bersama,dah macam2 aktiviti diaturkan semuanya kata orang tu hebat2 belaka.Diaorang semua memang terbaik.

Tinggal tak jauh,satu tempat,mudah nak buat aktiviti.Walaupun kadang2 tu ada diantara mereka tak dapat nk ikut sama.Tak hari ni,hari lain.Banyak masa lagi.Bila dah kenal mereka ni,susah nk lepaskan,kata org tu berat hati mau pergi.haha.Tapi kadang2 tu terfikir,sampai bila nak teruskan berfikir tentang org lain tapi diri sendiri masih macm gitu.Tidak dinafikan juga,tanpa mereka mungkin gelak tak smpai mcm gini.Ya,mereka sangat2lah penting.Satu persatu yang jadi,tapi mereka tetap bersama.Walaupun kadang2 tu memendam rasa,rasa bengang,geram.Tapi,bila hari raya,minta maaf balik.haha.( ^ __ ^ )’.Kot2 ada yang terasa janganlah marah.

Jelas terbukti,mereka adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik.Mereka sentiasa ada walaupun ada masa2nya seperti kehilangan sesuatu.

Mereka ada walaupun nampak seperti tiada.

Saturday, August 6, 2011

Bebaskan.

Aku terlalu merindukan sesuatu.Terlalu dalam,terlalu seni untuk dibicarakan.
Cuba untuk membebaskan,mengosongkan tetapi,ia terlalu sukar,teramat sukar.
Kali ini sangat-sangat menguji.Segalanya tidak seperti sebelumnya,tidak sunyi,
tidak lekang,sentiasa ada.Tak pernah tertinggal.Kini,berpatah seperti air sungai
kembali ke sumbernya.Tiada apa,seperti tin kosong,tiada apa yang boleh disikan.
Berlalu seperti mahukan mencari sesuatu yang baru.Tidak mudah,teramat sukar,
bukan mudah berubah dan bukan mudah untuk meninggalkan.Untuk pertama kalinya
berlaku seperti ini,segalanya bukan mudah.
KACAU.

Wednesday, August 3, 2011

sampai masa lakukan.

Masa berteman pun sudah,masa berjalan pun sudah,kini mahukan masa bersendiri.
Bersendiri bersama diri.Sendiri tak punya apa,mencari,mengenali sesuatu yang baru,yang bukan mudah diterima.
Sendiri yang mencari tujuan hidup.Apa yang perlu dilakukan dalam hidup.
Apa yang seharusnya dilaksanakan dalam hidup.
Hati kalian cuba diusikkan dengan seadilnya.Rasanya sudah cukup.
Tak akan rapuh seni yang telah dibina,kalau kena dengan iramanya.
Tiada apa lagi.
Sampai satu masa,dengan harapan kaukan suka apa yangku suka.
Ingat,nasib hidup serupa rollercoster.
Bila-bila boleh naik dan turun.

S.R

Tuesday, August 2, 2011

BERLAMA-LAMA.

Ya,memang lama.Jangka masa yang terlalu lama.Tak sedar ia berlalu terlalu pantas.Tetapi,ada perkara yang masih belum selesai pada jangka masa tersebut.Masih lagi seperti itu,tiada apa,tiada perubahan.Duduknya sama,tetap.Di mana hilangnya satu perkara yang biasanya menjadi keutamaan.Hanyut,terlalu hanyut dengan perkara yang bukan ada pada jiwa,kosong.Alhamdulillah,ada yang telah memberikan satu jalan,jalan mudah tetapi agak berliku.Menuju ke suatu perkara yang diharapkan.Pengharapan yang terlalu tinggi dan perbuatan yang terlalu rendah.Tidak sempurna.Kesimpulannya, tidak mampu untuk dilaksanakan dari jiwa yang terlalu rendah.
Ya,barangkali ia bukan sesuatu yang penting pada hari ini,mungkin belum sampai pada waktunya dan mungkin memakan masa yang agak lama untuk sampai kepadanya.Teramatlah gembira melihat di sana sini,mereka ketawa riang bergembira,berjimba-jimba bersama,mengambil penuh kenikmatan yang sementara dengan cara yang cukup sederhana.Ya,mereka cukup mewarnakan.Dalam apa jua keadaan,mereka masih lagi bersama.
Dikatakan seperti dalam anganan,cuba juga berusaha untuk menjadikan ia sebuah realiti.Ya,mungkin memakan masa yang agak panjang dan mungkin tiada lansung masanya.Agak mustahil,terlalu mustahil dan barangkali tiada usaha ke arah itu.Tanya pada diri sendiri,adakah sudah cukup langkah yang dilakukan?mungkin jawapannya tidak,ia kerana terlalu cepat berserah.Sempurnakan apa yang masih belum sempurna,apa yang ingin dicari.Bukakan minda,tafsirkan apa yang dilakukan mestinya benar dan tepat.Diharapkan semuanya berlaku dengan baik dan berjalan seperti biasa.Tiada apa lagi yang mahu difikirkan.Tiada apa lagi.Mungkin, kembali saatnya jika terlalu terdesak dan tersendat kelihatannya.Selip sentiasa terbentang luas bila kena pada kalanya.Mudah-mudahan sempurna.

-D.M.Y.M-

Monday, August 1, 2011

warna yang pudar.

Sudah hilang sesuatu.Terlalu pantas.Ia datang dan pergi begitu sahaja.Sukar untuk mengawal sesuatu yang bukan kita pemiliknya.Agak jauh bezanya,agak renggang ikatannya.Ya, langsungnya terputus.Untuk disambungkan kembali agak mustahil.Sedar atau pun tidak ia pudar.Tiada apa.Dibaratkan seperti tanah gersang,kering tiada apa,hanya debu.

Bergelora tidak terjangka,
Dari rasa,sebuah kisah,
Perjalanan mengilhamkan,
Satu kata yang sempurna,
Mungkinkah aku yang bersalah?
Terlalu mencari dimanakah cinta,
Mengharapkan rasa,
Sama rasa,
Sehingga tak terucap segala gelisah,
Saatnya hanya seketika cukup mewarnakan,
Masa sekadar berlalu,
Belalu pergi tiada bererti.

Tubuh hanya sekadar gerakan,
Bermain irama dalam anganan,
Tiada ajar yang diharapkan,
Sekadar hasrat sebuah perhiasan.

Nak perang nasib tak terjangka,
Nak tafsir mimpi tak terlihat,
Kerana dalam perjalanan ada dia,
Walaupun seketika memancarkan wajah keindahan.