Tuesday, October 11, 2011

biasanya.

biasanya tersendat,
biasanya tersekat,
biasanya tak terlihat,
biasanya teramat berat.

kelihatan jauh bezanya,
ditukar kepada malam dan siang,
amat jauh kelihatannya,
untuk tunjukkan segala,
bukan impian,bukan harapan.

dalam diam,
mahu membuktikan,
dalam malam,
mahu menyinarkan.

kerana kamu,
berjaya menukarkan,
kerana kamu,
pembuka jalan segala,
kerana kamu,
pemberi kekuatan.

hati ringan tak salah keranamu,
mudah untuk melakukan jua keranamu,
walau bukan kebiasaan,
ia menjadi satu kebiasaan,
segalanya adalah kesan,
sebuah kesatuan,
jiwa bersama kamu.

Monday, October 3, 2011

Hanya sekali.

Apa lagi yang mahu dicari.Kehidupan tetap begini.Mencari,memperjuang dan juga mengabadikan.Tak semua indah belaka.Mesti adanya sengketa.Pemberontakan yang dicipta sendiri ataupun faktor situasi.Dimana letaknya sebuah keinginan adakah dari sudut hadirnya sendiri atau kita perlu mencari.Tak semudah yang dijangka dan dikata,malah amat sukar untuk diisukan.Dilihat,direnungkan,betulkah langkah ini,adakah tidak langsung melakukan kesilapan.Perlukah diteruskan?Mampukah untuk dilaksanakan?Ini adalah pilihan sendiri.Mahu ataupun tidak perlu dilaksanakan.Tapi,terkadang perasaan tidak mahu dan tak perlu sentiasa ada.Kata orang ia sudah berada di separuh jalan tetapi perlukah ia dihentikan.Ia bukan sebenar-benar dari jiwa malah langsung tiada jiwa.Mampukah untuk menongkah arus,mencari yang sebenar-benar situasi yang dinamakan kehidupan?Mungkin mengambil masa yang agak panjang.Perlu juga melupakan apa yang telah terjadi dan mengorbankan sesuatu yang sangat kita cinta.Persoalannya,mampukah?
Mungkis setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan perubahan dalam kehidupan.Mungkin suatu hari nanti,tanpa melukakan hati,tanpa menyedarkan dan tanpa disangka perubahan itu akan terlaksana.Kelihatannya.ia masih dihantui dengan keadaan sebegini.Seperti takut kehilangan sesuatu yang tersangat kita cinta.Pegang kepada kata-kata,ia bukan boleh dibawa mati.Ya bukan boleh dibawa mati.Kita tinggalkan juga.Hanya doa dari mereka mampu disampaikan,Insyaallah.Tapi apa persoalannya,perlukah untuk meneruskan perjalanan ini?perlukah?Masih lagi tidak nampak apa tujuannya berada di sini.Percaya kepada takdir,yakin dengan empunya kuasa.Yang pastinya ia perlu diubahkan,ia perlu diletakkan pada paksi yang sebenar.Tidak akan lagi menoleh dan merubah.Cuma yang perlu adalah masa,kesanggupan dan keyakinan diri.Ia tetap akan dilaksanakan.Pada waktu itu,ia hanya sendiri dan menjauhi.Tidak untuk berlama-lama tetapi untuk seketika.Hanya seketika.Apa kata mereka.Sudah melupakan?Memberi dorongan?ataupun tidak membenarkan.Sudikah untuk menerima dan sentiasa ada di sisi?Ya perkara-perkara yang perlu dihadapi.Perlu dihadap bagaikan bebanan yang menimpa anggota.Terlalu mengikut kata hati,mungkin.Direnung dari sudut yang paling halus,ia perlu kerana kita yang lebih mengetahui apa yang diperlukan hati.Ya hati kita sendiri.Mungkin juga memerlukan sedikit pandangan dari manusia lain.Persoalannya,adakah memberi kesan yang positif?Seringkali persoalan itu timbul.Adakah itu boleh dinilai dari sudut positif?Jawapannya ada pada diri sendiri.
Selalu diperkatakan hidup ini umpama roda.Seketika berada di atas,seketika berada di bawah.Berapa lama berada di atas dan berapa lama berada di bawah.Mungkin berada di bawah lebih lama dari berada di atas.Ini kerana walau seketika manusia berada di atas,amat mudah lupa diri.Difikirkan seperti sudah tiada perkataan di bawah.Mereka akan tetap berada di atas.Ya bukan mudah untuk mempertahankan sesuatu dari memperolehinya.Tidak semudah itu.Sekarang mungkin ada yang sedang gembira menghayati kehidupan hari ini.Ada juga yang telah menerima perubahan arus dalam kehidupan mereka.Dari susah kepada senang,dari bodoh kepada pandai,dari sedih kepada gembira.Terdapat juga yang menterbalikkan situasi.Dalam apa jua rintangan,dalam apa jua situasi kehidupan wajip diteruskan.Tiada alasan untuk menamatkan kehidupan kecuali takdir dari-Nya.Walau apa perubahan yang dilakukan,ingatlah sebelum ini kita berada dimana,dengan siapa kita bersama dan dari mana hadirnya kita.Akarnya adalah hati,pokoknya adalah diri sendiri.Bukalah minda untuk melihat dalam diri yang tersirat sebelum dimainkan dengan muslihat duniawi.Jangan sesekali mudah menyerah tanpa berusaha kerana pahala mungkinkan menjadi dosa dan jangan sampai kita jatuh tak percaya.Teruskan dengan apa yang telah ada,kenikmatan yang diperolehi,ubahkan perkara yang bukan untuk kita dan jiwakan apa yang dimahukan supaya hidup tidak akan ditemani kekesalan.Terapkan nilai-nilai positif dalam diri dan berfikir dahulu sebelum bertindak.Tujulah cahaya yang sebenar-benar cahaya.( ^ __ ^ )'.

Saturday, September 17, 2011

mengapa.

Ya ungkapan pertama yang hendak dikatakan,yang dirasakan,aku sangat-sangat rasa bersalah.Teramat sangat.Hinggakan mereka melihat tiada kedamaian dalam jiwa.Benarkah,seperti ini jadinya.Mengapa,sendiri pun tidak mengetahui apa yang telah berlaku.berkisarkan tentang kehidupankah,persekitarankah atau merasa ada manusia lain yang dalam kekalutan.Tidak dinafikan,pergolakan jiwa melanda tanpa sebab yang munasabah.Datang tanpa terduga dan dipaksa.Barangkali terlalu cenderung kepada satu kejadian.Mana mungkin ia boleh berlaku.Baiknya diabaikan kerana ia tak pernah berlaku.Langsung tidak berniat untuk melukakan sesiapa.Kepada kalian yang mungkin ada mnyimpan sesuatu,yang nampaknya jelas kelihatan,sangat-sangat memohon maaf.Apa yang kalian nampak,itulah dia,sama seperti dahulu.Takkan ada perubahan.Perubahan hanya sekadar untuk menjadi lebih baik.
cuma kadang-kadang ia seperti ini:

'Ada masanya,aku suka beteman,
Ada masanya,aku suka bersendiri,
Ada masanya,aku suka berjalan,
Ada masanya aku suka berehat.'

Ada diantara K.A.M.U mungkin tahu petikan diatas.Ia sangat-sangat bermakna.
(S.R.)

Sunday, September 11, 2011

Melihat.

Ada orang melihat dari sudut yang berbeza,isinya,kulitnya atau pun dalamannya.Ya masing-masing dengan cara masing-masing.Walaupun kelihatan terdapat pilihan yang lain,pilihan yang kata orang akan memberi perubahan.Bukan mudah untuk mencari sesuatu yang senada alunannya.Sebagaimana yang telah dijelaskan, rambut sama hitam hati lain-lain.Ternyata semua itu bukan satu rekaan.Ia adalah satu lumrah dan nyata kelihatan.Bercerita tentang isi hati,tak semua mampu untuk menerbitkan dengan yakin dan sempurna.Ada yang mengatakan ia tidak akan dibawa kemana.Ia sekadar hasrat perhiasan yang menggunung,yang tak punya apa.Tiada apa yang dapat dijelaskan jika sekadar hati yang merasa dan berkata tanpa dikeluarkan melalui suara yang seperti mamahukan sesuatu.Seberapa banyak yang mampu melakukan?Niat walaupun sesuci mana,jika tidak disuarakan,penyesalan menanti seperti tangan yang terbuka.

Cukup sekadar hasrat yang tak tercapai,tak terucap malah tak terlafaz.Sekadar tersimpan rapi sehingga pada suatu masa,akan ada yang menemui kunci untuk membuka simpanan.Ya barangkali diam bagi memuliakan sesuatu tersangatlah baik malah elok.Tak semua mampu untuk berdiam diri sahaja.Ada yang berdiam diri menganggap ia tidak punya apa,ada yang berdiam diri mahu melihat manusia lain bahagia dan ada yang berdiam diri mahu melengkapkan sesuatu yang dicari.Pendapat masing-masing.Manusia tak semuanya sama.Ada yang positif dengan cara begini dan ada juga yang tidak akan setuju dengan cara ini.Suasana juga banyak memainkan peranan penting untuk mengawal emosi yang kadangkala berbelah bahagi.Kata-kata juga menjadi persoalan,apa yang perlu diisi dalam kata,apa yang terindah untuk diberi dan apa yang perlu diabadikan dalam kata-kata.Seribu persoalan.Kadangkala,wajah di sekeliling memberi sedikit ilham untuk menerbit jiwa ke pangkal rasa.

Biarkan ia berlalu pergi tanpa apa, tetapi biarkan sendiri yang mengetahui ia mempunyai isi.Jika tak mampu untuk membahagiakan,cukuplah sekadar mengembirakan.Ia pergi tanpa apa,ia kembali dengan cerita.Berawankan lara,berlangitkan pilu dan bernafaskan duka cita.Bergelutkan pasrah,bermimpikan rindu dan bertemankan sengsara,hingga tak terucap segala gelisah.Kadangkala seperti bermohon untuk berteman hingga terpecah kesunyian.Mengapa kelihatan irama itu teramat sepi.Sepi sehingga hilang begitu sahaja.Ya biarkan apa yang mereka kata,ia tetap sama,tidak akan ada perubahan.Tetap sama.Mungkin suatu masa nanti,ada manusia yang berfikiran mampu untuk mengubahnya dan memancarkan sinar yang menunjukkan jalan yang harus dilalui.Tak mustahil juga,diri sendiri yang akan menujuinya tanpa apa.

Ada masanya kita perlu tahu apa yang orang lain mahukan.

Dan ada masanya kita tak perlu tahu apa yang mereka mahukan.

Apa yang penting,diri sendiri seharusnya didahulukan.

Cukup sekadar memerhatikan kalbu yang berdegup.

Pandangannya jauh ataupun dekat,bukanlah sesuatu yang penting.

Segalanya dari mata yang melihat.

‘Bonda segala karya,sultan segala rasa,aku tak dapat tidak selain memuja dirimu’.(D.M.N)

Ya,itu yang benar.