Tuesday, November 22, 2011

S.r III


Teramat berat kelihatannya.Sekian lama,terlalu lama dan bagai berlama-lama masih tetap begitu.Tiada apa yang boleh dinilaikan.Arus yang kian berlalu deras,tanpa mempeduli apa yang terkandung.'Cerita beruang luka' masih belum lagi selesai.Baru sahaja menyusun langkah untuk bersua dengan 'Pak tua',tiba satu lagi 'Perang di kaca t.v'.Bagaimana untuk dihadapi pada dasarnya keteguhan kian rapuh.Kiasnya agak kelainan seperti bunyi yang dilihat tingkahnya.Tapi entahlah,mungkin semuanya tidak seperti dulu,yang punya apa-apa dan kehilangan adanya.Mendongak pada langit,kelihatan cahaya yang menerangi agak samar bahasanya,memberi sedikit bayangan untuk melakukan sesuatu yang barangkali akan terasa sakitnya mungkin menusuk ke pangkal rasa.Gerangan yang dahulunya sentiasa mencuba untuk kembali dan mencari,langsung kehilangan bisanya.Hilang yang meninggalkan bekas,kadangkala terkesan lamanya.Apa lagi yang perlu dilakukan,apa lagi yang perlu diterbitkan.Segalanya sudah diberi dengan sepenuhnya.Segalanya sudah pasti dan realitinya ia tidak akan pasti.Ingin mencari,tapi jawapanya sudah ada,tidak akan ditemui.Aturnya seperti bintang dilangit,yang mana satu seharusnya.
Bintang itu dilihat,kesamaran cahaya yang dimiliki mampu untuk menghadirkan malam yang indah.Bukan pada satu-satunya,tetapi ribuan mungkin jutaan. Penyatuan yang membuatkan menjadi bingung,bagaimana untuk mengiranya.Pada ironinya,manusia meletakkan bintang itu terlalu banyak untuk ditafsirkan.Akan tetapi mampukah manusia melihat bintang jika matahari berterusan menyahkan cahayanya.Dalam ertikata lain,manusia tidak mampu malah tidak akan dapat melihat bintang jika tiada kegelapan.

S.r

Saturday, November 19, 2011

S.r II


Cekalnya dia bersabar.Menangkis segala yang ujian dengan ketenangan.Sangat terpesona dengan tingkahnya walhal ia tidaklah seperti yang diharapkan.Hanya sekadar lalu seketika.Walau apa yang terjadi,perjalanannya tetap berpaksi pada dendangan irama yang serupa.Lupakan seketika tentangnya,bukan untuk selamanya.Kembali kepada bentuk asal perkongsian.
Memang sukar untuk manusia memahami dan mengerti apa tujuan sesuatu perkara itu dilakukan.Lebih suka untuk mentafsir berdasarkan teori sendiri.Tidak langsung untuk bertanya kebenaran sesebuah fakta dan penceritaan.Kadangkala seperti kunci bibir dari terus berlaga gusi.Bukanlah untuk membuatkan orang lain memahami,tapi sekadar menghormati dan bukan untuk disalah ertikan.Cukup sekadar mengerti,apa yang dilakukan mempunyai kepentingan dan sebab tersendiri.Ya,mungkin kadangkala yang memulakan langkah bicara akan menarik semula apa yang telah dibicarakan.Mungkin ada yang merasakan lebih baik seperti itu.Tetapi,bagi pihak yang telah mengetahui isi bicaranya,adakah mengambil tahu apa yang berlegar di dalam kepala dan adakah mengambil tahu apa pula yang dilakukannya selepas ini.Berani mrngatakan tidak kerana akan adanya perasaan serba salah,tidak yakin dan seperti akan meninggalkan sesuatu.Itulah cubaan yang akan ditanggung.Perasaan yang berubah-ubah,tidak terus kepada ketetapan.
Biarlah,sedetik dua kebahagian yang dibawa,usah terus menghimpit dengan persoalan yang kadangkala tidak mampu dibahaskan.Si 'bicara' juga mempunyai kehendak yang tersendiri.Apa yang dirasakan baik untuk dirinya.Satu dua bicara,mungkin dapat mengetahui apa kondisinya.Kelancaran perjalannya tak mustahil berpandukan petunjuk anda juga.Cukuplah sekadar memahami dan mengerti,walaupun sebesar kuman.Teramat mudah si 'bicara' berdiam diri dan menyimpul mati setiap katanya kerana ada sedikit tidak rasa selesa buatnya.

S.r.

Thursday, November 10, 2011

S.r

Sangat berterima kasih.Ada yang di sisi mengambil perhatian dan meluangkan sedikit masa untuk mendengar.Teramat sangat menghargai dan cuma,ada sedikit rasa bersalah.Sedikit kesilapan yang bukan diundang dengan sewenangnya.Sangat terkesan dengan apa yang telah terjadi.
Kadang-kadang terfikir,mungkin tindakan tidak kena pada cara dan situasi.Tak siapa yang tahu.
Ya,barangkali tidak akan melakukannya untuk sekali lagi.Tidak akan terjadi.
Niat biarkan tersimpan mati.Mungkin berkata tiada apa,tetapi jauh di sudut merasakan ada sesuatu yang terjadi.Tak terniat untuk melukakan sesiapa.
Ya,anda yang paling utama.
Anda ada di mana-mana.
Anda juga adalah yang pertama.
Dan anda juga buat selama-lama.

( ^ __ ^ )'
S.R

Wednesday, November 9, 2011

Sekilas

Melawan Arus.

Kata orang
Jangan kau cuba melawan arus
Pecah bahtera
Kau kecundang karam terjerumus

Tapi jika terpaksa pergi
Kau mesti pergi
Di balik gunung di kaki pelangi
Engkau cari
Mimpi perangsang hidup
Dan kau diberi tawaran
Tak bisa ditolak

Minta bebas bebas
Dari sangkar maya ini
Minta terbang lepas
Dari sarang buana ini

Kata orang
Ada racun dalam kecantikan
Itu terang
Membuat engkau mabuk cendawan

Tapi jika terpaksa milik
Kau mesti kelik
Biar dicerca dihina
Dan engkau diherdik
Kerna dia engkau menjadi lelaki
Diberi pilihan antara hidup dan mati.

Wednesday, November 2, 2011

Nada!!

Mereka belajar,
Mereka mencuba,
Mereka berusaha,
Mereka mencari,
Mereka dalam nada keelokan.

Ahh!!hembusan nadanya tampak hampa,
Cuba perlihatkan sesuatu dalam pada masanya hanyut,
Tidak kelihatan.
Mengapa?mengapa?
soalan dan persoalan,
satu persatu dibangkitkan.
Jawapan,tiada,
tiada yang pasti.

MERONTA,MERUNGUT!!BODOH!!
apa yang dapat?
tak punya apa,
pemberontakan dalam diri sendiri.
pemberontakan mengatasi,
pemberontakan yang merajai.
Masih buntu menemui cerita sendiri.
BUNTU!!

Relakan setiap yang berlaku,
tanpa perlu berbuat apa-apa,
Mampu?
Mampu seperti itu.
Sedangkan jiwa bergolak,
Sedangkan jiwa menyimpan,
Sedangkan jiwa mahukan sesuatu.
Bukan mustahil untuk kunjung tiba.
MAMPU BEGITU!!

Ahh!!jangan sekali-kali melangkah ke depan,
kembali semula ke belakang.
Ibarat seperti PENGECUT!!
Takut dengan takdir.
Ilhamkan sesuatu untuk kebaikan,
Untuk jiwa sendiri,
untuk diri sendiri.
Biar seperti PENTINGKAN DIRI!!
Kerana manusia lain bukan peduli,
tidak akan tahu sepenuhnya apa yang telah dihadap!!

Ya jawapan yang benar-benar asli,
Adalah petunjuk dari ilahi.
DIA yg paling memahami.
DIA adalah tempat,
Tempat untuk mengadu dan buka bicara.
CARILAH!!

S.R.