Wednesday, March 7, 2012

Mimpikah?(mana realiti)

Dalam hidup ini,
belajar dari susah untuk melangkah,
Kebas apa sahaja,
yang penting ia terus menyala.

Jangan mula baca pada mimpi,
Cari kenyataan realiti,
Ia datang kemudian pergi,
tergantung cerita emosi.

Lihatlah,
Jadi seperti tikus berjagakan kucing,
Mata tajam melihat,
Berjaga dari pelbagai perkara,
kadang-kadang mungkin terlalai,
Maka terus berjaga.

Bebaskan,
Bebaskan dari bencana,
Segala macam yang terjadi,
Semuanya buat jadi leka,
Tiada penyudah tiada kemajuan.

Lena itu melalaikan,
Sedarkan,
Sedarkan juga jiwa dan mindamu,
Lena temankan mimpi tiada kesudahan,
Ia membawa kecelaruan,
Tiada yang nyata selain fantasi.

Keluarlah dari mimpimu,
Mungkin sekadar melepaskan rindumu,
Lihatlah realiti canggungmu,
Nyata ia sentiasa di sampingmu.








Tuesday, March 6, 2012

Pedulikan.

Usah dipedulikan.Sampai bila mereka sentiasa ada.Semua itu bersifat sementara.Tidak akan kekal selamanya.Pengorbanan yang mustahil mereka mampu lakukan.Sudah,bosan dengan perkara yang berlaku berulang kali yang lansung tiada kesudahan.Hanya membuang masa.Pergilah jauh-jauh,layarkan niatmu dengan sempurna.Usah menoleh ke belakang.Jangan membuang masa anda dengan memberi rasa yang palsu dan memaksa.Usah berpura-pura dengan tingkah laku yang dizahirkan.Kebenarannya anda adalah bersifat sementara.Terima kasih.

Monday, March 5, 2012

nota lelaki.

Nota Lelaki Kepada Perempuan Comelnya Sepanjang Hidup

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani,

Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut lelaki yang kusut masai .

Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .

Namun, lelaki itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.

Lelaki itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu.

Lelaki itu mula memberi pandangan pertama .

Cebisan bertudung merah jambu. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.

Cebisan berambut perang kemerahan-merahan. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.

Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.

Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya.

Cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.

Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.

Perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah. Wajahnya samar-samar. Memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan. Hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.


Dakwat rindu masih basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.

Tak perlukan si cantik rupawan, cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .

Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .

Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .

' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '

Harapan seorang lelaki itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .

oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.

Tuesday, February 28, 2012

Tajuk,maksud carian.

'Cahaya yang bersimpati dan penyayang'.

Dimana cahaya itu,
Lama dulu ia menerangi,
Kini hilang entah kemana,
Tidak lagi Bersimpati.

Mungkin mahu mengambil masa,
Mungkin mahu memberi rasa,
Dan mungkin sudah tiada apa,
Engkau pergi tanpa nada.

Seyakinnya merasa suatu hari engkau kembali,
Menyinari seperti biasa,
Mungkin juga dengan nada yang luar biasa,
Tanpa sangsi yang merajai.

Engkau bernama manusia,
Yang punya akal dan juga nyawa,
Yang punya jiwa dan juga raga,
Dan yang punya kasih dan juga sayang.
Engkau punya segalanya,
Kerana engkau segalanya.


NAMA ITU AKU KENAL,
DALAM NAMA CUBA MENGENAL,
TAPI ENTAHLAH,
IA LENYAP DAN TERUS HILANG.







Monday, January 30, 2012

Seni yang bercelaru.

Menung..
Menung aku..
Tunduk..
Terduduk aku...
Kelihatan,
Tingkahnya tidak seperti dulu,
Ada serba tak kena hampar nya.

Menung..
Terus bermenung..
Kenapa situasi ini,
Terus-terusan dengan kontroversi,
Tiada yang selari,
Bagai lupa diri.

Duduk..
Menung..apa lagi lah!!
terus berterusan,
Mungkin tiada lagi kesefahaman,
Mungkin tiada lagi yang diinginkan,
Mungkin hanya sebuah mendonan,
Yang dicipta dari lamunan.

Berhenti..
Terus kepada arah titik noktah,
Tiada lagi sungai yang mengalir indah,
Tiada lagi warna yang harmoni bertingkah,
Tiada lagi jalan satu arah,
Dan tiada lagi rupa satu wajah.

Kemana..
Kesini..
Berjalan dan berlari,
Mungkin tidak akan atur cara apa-apa,
Sekadar melihat dan terusan berfikir,
Apalagi selepas ini,
Apa lagi yang akan terjadi,
Apa lagi dan apa lagi.

Semua ini gila,
Canggung yang diciptakan sendiri,
Memang gila!!

S.r