Saturday, September 22, 2012

apa cerita?

'Di mulut naga gemala sakti terkunci'.
macam mana tu?
tau?
mesti mencari.kalau tak cari tak tahu.
jangan pandang belakang.
memang sampai bila pun tidak akan tahu.
jawapan ada padamu.
engkau sahaja yang tahu.
selainnya engkau perlu 'berdialog' bersama-Nya.
engkau jangan sombong.
dari-Nya engkau datang,kepada-Nya engkaukan kembali.
'GENAP MENJADI GANJIL,KEMUDIAN KE ARAH GENAP YANG KECIL,DAN SETERUSNYA MENJADI GANJIL YANG SATU.'
Suatu masa nanti ia akan menjadi seperti itu.
kini dunia tiada yang mustahil.
ia akan berlaku.
keadaan dan suasana dalam iklim perubahan.
sudah nyata dimana bumi berpijak,di situ langit dijunjung.
ia tidak akan berubah.
ada sepasang mata sedang melihat tingkahmu.
ada sedikit rasa sedang merasai kehilanganmu.
hey!!apa cerita la ini macam.
nampakkan.
keliru.
hahaha...
baca je lah.
 

Wednesday, May 30, 2012

satu.

Berpaling kembali,
Rindu maenghamapar,
Emosi zahirnya halus,
Airmata yang berguguran,
Bersama rindu bukan kekosongan.

Bila ada masanya ketawa,
Bila tiada ruangnya sepi,
Jiwa gembira rasa hilang,
Mencari teman sejiwa,
Yang mungkin tiada ganti.

Kasih dalam penyatuan,
Tinggal dalam corong kesatuan,
Rindu dalam kehalusan,
Sedih dalam nada kegembiraan.

Iramanya kadang diam,
Di bawa angin keseluruhan,
Sampai masa ia kembali,
Mungkin membawa duka sepi.

Cerita tidak pernah hilang,
Sekali datang kemudian pergi,
Carian yang bukan tersembunyi,
Di balik wajah sebenar hakiki.

-SAHABAT KEPADA SAHABAT-

Monday, May 21, 2012

masihkah.

Siapa aku?siapa aku sebelum aku?siapa aku selepas aku?dimana aku? ke mana aku? akukah aku?wahai jasad, sentiasalah kamu memujiNya kerana hanya Dia yang layak dipuji dan dipuja!!Buat apa dipandang pada benda bukan milik kita.Pedulikan,letakkan jauh-jauh.Dia bukan untuk kita,dia bukan hak kita dan dia bukan ada untuk kita.Membuang masa untuk mengembalikan cerita lama.Memang buang masa.Mereka kelihatan sudah berubah,mungkin berhijrah ke era yang lebih baik dan terpuji.Mereka tidak akan mempedulikan manusia yang ketinggalan,yang tak ada kemajuan dan banyak membuang masa.

Takkan mudah kalau membiarkan sahaja.takkan rasa susah jika dibiarkan juga.tapi amat mudah jika pernah dilaluinya.Pengalaman yang mengajar segala.Jalan yang lebih baik mungkin bicaranya dalam diam,lagak yang nampak bodoh tapi bersengat dan mungkin dari tegap bertimpuh lebih baik rebah merempuh.Di sini hanya sementara.Takkan bawa ke mati.Di SANA tempatnya lebih hakiki.Ya terima saja,'terima saja dengan reda perananmu dalam dunia'.

Aman Abadi Duniawi Dalami Realiti!

Tuesday, March 20, 2012

Sekilas.

Termanggu,mengkaji,melihat,meneliti,mempelajari,menghayati,mencuburi,mentaati,menyendiri.Semua kejadian telah berlaku.yang tinggal hanya untuk mengakhiri.Bagaimana mahu lakukan.Dua perkara yang masih belum melengkapi kehidupan.Dua perkara yang masih lagi tercari-cari ertinya.Seharusnya membiarkan atau mengambil peduli.Bukan masanya lagi untuk terhuyung hayang dengan fatamorgana yang dibentangkan.Hakikat sebenar masih lagi belum ditemui.Terlalu berlama lama.Vendeta buangkan jauh-jauh dari pandangan.

Saturday, March 17, 2012

Si bunga.

Buat Muslimah

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

Credit untuk DUNIA MACAM MACAM.