Mengapa?
Apa yang terjadi sebenarnya.Kenapa mesti begini.
Seperti terlalu kosong,ruang yang amat-amat kosong.
Tidak tahu apa punca dan situasinya.
Ya,keadaan begini teramat sangat mahu berbicara dengan manusia lain.
Tapi bagaimana caranya.Irama yang biasa menjadi 'teman' inspirasi dalam kehidupan
nampak seperti telah hilang puncanya.
Nampak berbilangan tapi realitinya ia tetap sendiri.
Tiada yang sesuai melainkan dia.
Mungkin kebanyakan manusia akan berkata yang lebih mengenali tentang dirimu adalah
Tuhanmu.Ya,itu amat benar sekali.Masakan manusia mampu hidup sendiri hanya bergantung pada yang satu tanpa memerlukan bantuan manusia ciptaan-NYA.Jalan petunjuk itu memang sebenar-benarnya dari-NYA tetapi mungkin kita tidak menyedari manusia lain itu datang untuk mendengar dan membantu adalah ilham yang diturunkan oleh-NYA.Semuanya dari-NYA.
Kadang-kadang terfikir,mangapa ia begini.
Bukan untuk megeluh tetapi bertanya pada diri sendiri.
Mengapa??
Apa yang pasti Tuhan lebih mengetahui.
Aku hanya manusia biasa,lahir dari keluarga yang biasa dan aku tetap seperti biasa.
Aku tetap begini aku,tidak akan berubah walaubagaimana cara sekalipun tetapi yang mungkin adalah, aku bukan manusia yang baik tetapi aku ingin menjadi baik.
Persoalan itu tetap menjadi pusingan dalam 'pelarian' ini.
Monday, December 17, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Untukmu
Dengarkanlah...suara pinta keadilan,
Dengarkanlah...suara kesakitan,
Marilah bersatu cuba meringankan,
Marilah bersatu mendoakan.
Lihatlah apa yang mereka lakukan,
Kepada saudara kalian,
Adakah kaku membiarkan,
Pembinasaan bagai alat mainan,
Mana orang befikiran?
Di mana orang berfikiran?
Adakah kau ingin melihat,
Kembali cerita Al Durrah dulu,
Suara duka sentiasa bersama,
Menemani hari-hari mereka,
Di bumi Gazza,
Di bumi mereka.
Tanah yang kau cerobohi,
Bukan tanah milikmu...
Kau mencuri tanpa pedulikan yang satu,
Kau merampas bukan milikmu
Kau mengganas bagai nyata bumi milikmu.
Ya Tuhan,
Seperti mana yang pernah kau sampaikan,
Kedatangan sang burung ababil menghancurkan,
Memusnah dan menidakkan,
Kau turunkanlah bantuan-Mu,
Mereka Palestin memerlukan-Mu,
Mereka memerlukan bantuan-Mu.
PRAHARAABADI2012
Tuesday, November 6, 2012
pengertian.
saatku sendiri,
hujan turun membasahi bumi,
melenyapkan suasana,
entah apa entah bagaimana.
tujuh puluh tiga,
mana satu yang harus dipilih,
untuk meneruskan sedia ada,
ke arah yaag berbalik,
atau lurus menuju kekasih.
bersama selamanya,
mencari selamanya,
satu arah selamanya,
mungkin tidak lagi selamanya.
beribu kalimah telah diberi,
apa mungkin mengerti,
mana satu yang benar dan abadi,
apa mungkin masih mencari.
Aku hanya mampu berserah,
kerana kau lebih mengerti,
apa yang perlu pada diri,
saat sedar akan berkumpul,
pada suatu hari,
akan terbongkar segala rahsia,
di sebalik setiap wajah,
kebenaran tidak lagi diselindung.
tubuh ini akan diserahkan,
melaksanakan arahan baru,
berbeza dari dunia,
tempat yang telah ditentukan,
arah telah ditetapkan.
hujan turun membasahi bumi,
melenyapkan suasana,
entah apa entah bagaimana.
tujuh puluh tiga,
mana satu yang harus dipilih,
untuk meneruskan sedia ada,
ke arah yaag berbalik,
atau lurus menuju kekasih.
bersama selamanya,
mencari selamanya,
satu arah selamanya,
mungkin tidak lagi selamanya.
beribu kalimah telah diberi,
apa mungkin mengerti,
mana satu yang benar dan abadi,
apa mungkin masih mencari.
Aku hanya mampu berserah,
kerana kau lebih mengerti,
apa yang perlu pada diri,
saat sedar akan berkumpul,
pada suatu hari,
akan terbongkar segala rahsia,
di sebalik setiap wajah,
kebenaran tidak lagi diselindung.
tubuh ini akan diserahkan,
melaksanakan arahan baru,
berbeza dari dunia,
tempat yang telah ditentukan,
arah telah ditetapkan.
Friday, October 19, 2012
Berat.
RINDU
Terdengar...
titisan hujan menusuk...
pedih di kalbuku,
berdebar jantungku,
diriku lemas dalam pelukan ku sendiri.
masa dulu....
pernah aku merasa...
bila kau ku perlukan,
kau pastiku temu,
tapi kini kau hanya diam kaku,
membisu...
rindu...
hatiku rindu.
pada kegemilangan,
cinta bawah 'pohon cemara',
jemu...
jemu menantikan suria,
dengarkanlah...
lagu 'cinta' lama...
tenggelam dalam pelukan,
rindu...
D.M.N
Terdengar...
titisan hujan menusuk...
pedih di kalbuku,
berdebar jantungku,
diriku lemas dalam pelukan ku sendiri.
masa dulu....
pernah aku merasa...
bila kau ku perlukan,
kau pastiku temu,
tapi kini kau hanya diam kaku,
membisu...
rindu...
hatiku rindu.
pada kegemilangan,
cinta bawah 'pohon cemara',
jemu...
jemu menantikan suria,
dengarkanlah...
lagu 'cinta' lama...
tenggelam dalam pelukan,
rindu...
D.M.N
Wednesday, October 17, 2012
benar belaka.
Apa yang dirasakan benar terjadi.
Lama dahulu,terlalu lama.
Walaupun seperti tidak nampak,ia terjadi bukan dalam keadaan keterbukaan.
Betul kata satu pengkarya itu,segala 'ada masanya'.
Bukan ia terus terjadi tetapi ada masanya.
Suka bersendiri,
suka berteman,
suka berjalan kadang-kadang suka apa yang mereka suka.
Betu juga kata ini,'hanya jauhari yang mengenal manikam'.
Dari zaman lahiriah lagi hanya dia yang betul-betul mengenal.
Tak salah cakap orang tua,bila direnung kembali memang betul kebenarannya.
Salah satunya begini,'apa yang kau nampak?,kalau kau susah siapa yang kau cari?,kalau kau tak keruan siapa yang kau cari?,kalau kau dalam keadaan apa sekali pun siapa yang kau cari?,siapa yang kau mintak tolong kalau kau susah?siapa?Ada ke yang kau banggakan sekarang ni nak tolong kau?Tak ada,Kau fikirlah,fikirlah apa yang a..b..h cakap ni'.
Tapi bagi orang muda ianya tidak betul,seperti mengongkong.
Padahal itulah kebenaran yang hakiki cuma penyampaiannya agak kasar dan terlampau tegas.
Ada ayat berbunyi begini,'ada racun dalam kelembutan'.
Ada pula yang berbunyi begini,'ada penawar dalam kekerasan'.
Jadi atas pada diri sendiri sama ada mahu menerima atau menolaknya.
Kini bukannya masa untuk terus dengan cerita lama.
Walaupun perkara itu memang kebiasaan dan kegemaran,sampai satu tahap ia menjadi bosan
dan mungkin meninggalkan terus dan tidak mahu bersua kembali.
Tak apalah,biar perlahan,tetapi ia ke arah itu.
Dari-Nya kita datang,kepada-Nya kita kembali.Itu yang pasti.
Biarlah bersedih sekarang dari bersedih kemudian hari.
Percayalah tentang kebenaran-Nya.
Kita pula hanya mampu merancang ke arah itu,ke arah ini,tetapi perancangan Allah itu lebih baik.
Mudahan DESTINASI dalam keadaan baik sahaja.
( ^ __ ^ )"

Subscribe to:
Posts (Atom)