Saturday, November 13, 2010
Friday, November 12, 2010
Kesuntukan Masa..
Cuba menjadi terbaik di kalangan yang terbaik,cuba menjadi air dalam lingkaran api,cuba menjadi manusia dikalangan manusia.Bukan 'jongos',sekadar menuruti tanpa berfikir.Sesuatu yang dicari,nampak sudah menjelma dalam lingkaran perkenalan sesama manusia.Tetapi terdapat di situ sesuatu yang boleh dianggap 'sang algojo',kerana ianya seakan menjadi penamat segala yang dirancang dan terancang.Kekalutan jiwa,tubuh yang bergoncang seperti dihempas batu jalanan dan terasa perjalanan ini amat menyedihkan dan manyakitkan.Cuba diabadikan dalam satu irama seperti,'Dalam Jiwa,Ujian Amarah,Dingin Malam',tetapi masih lagi begini,tidak berlalu seperti mengalirnya air mengikut arusnya.
Pelita hati yang cuba dinyalakan diharapkan tidak menyala di tengahari.Biarkan cahaya pelita yang memancar menggunakan segala kelebihan yang ada untuk memberi segalanya.Sementara,ia bersifat sementara.Begitu juga alam,hanya sementara.Tiada yang abadi selain yang nyata dari-Nya.
DESTINASI

Thursday, November 4, 2010
Adakah berakhir seperti ini??

Salah siapa.Diri sendiri atau suasana persekitaran.Tidak lagi seperti dulu,'iramanya' seakan sumbang dan tidak lagi mengikut 'rentak' yang disusun.Perbincangan tidak lagi menjadi 'gelanggang' untuk menyelesaikan sesuatu.Harus bagaimana lagi,untuk diambil peduli atau lansung tidak peduli??
Segenap irama yang sudah dilakukan lansung tidak di indahkan bahkan lagi di 'sumbangkan'.Sahabat memang susah nk dicari ganti.Jika jumpa sekali pun,mungkin tak sama seperti yang telah ada.ermmm..aku mati kata.Tunggu dan lihat,apa yang akan berlaku.Jangan disangka air yang mengalir akan terus mengalir.
Harapan kepada SAHABAT,pandang lah masa depan,lihat kembali di mana asal-usul kita.
( ^ __ ^ )'
Thursday, September 30, 2010
Benar seperti yang disebut??
"Dia tidak pernah derita itu hanya menghadap separuh kadar,dia tidak pernah gagal itu tidak pernah berusaha atau mencari,dia tidak pernah menangis itu tidak tahu erti ketawa yang sebenar dan dia tidak pernah meragui itu tidak pernah berfikir atau pun bertanya."
Kadang-kadang terfikir,dimana letaknya manusia positif dengan segala-galanya,adakah dimasukkan dalam golongan seperti ini.Yang tidak pernah derita itu,bukanlah bermakna tidak menghadapinya tetapi menjadikan derita itu satu kekuatan.Tidak pernah gagal bukan beerti diri umpama terlalu berserah dan berusaha.Tidak pernah menangis dan tidak tahu erti ketawa yang sebenar bukan bererti diri terlalu ego dan tidak mahu menghadapi.Tidak pernah meragui itu tidak semestinya tidak pernah berfikir dan bertanya kerana,lebih selesa memerhati dan tanpa ragu melakukanya dengan berfikir terlebih dahulu.
Contoh yang paling hampir,seperti 'kata-kata' ini dikeluarkan,adakah tidak berfikir dan merasa??
Nilai yang terbaik yang perlu ada dalam diri adalah bersifat positif dalam menghadapi sesuatu situasi.Bukan untuk menghadapi dengan sendiri tetapi,menghadapinya dengan positif dan lebih matang membuat keputusan serta tepat ke sasaran.

Monday, September 27, 2010
Hari ini dan hanya semalam.
Dalam kesah dan resah siapa tahu.Pertama kali termanggu dan menyesal,kesusahan yang melanda mengilhamkan cerita baru dan langkah baru.Masih belum sempurna apa yang diinginkan dan apa yang diperlukan.Persolan sentiasa berlegar di minda dan di jiwa,apa kesempurnaan sebenar hidup hari ini.Bukan karya yang dipersembahkan tetapi buah fikiran dan si pengkritik yang diperlukan dalam persoalan yang diilhamkan.Hari ini semuanya sempurna dari semalam dan belum pasti esok sempurna seperti hari ini.Jalan yang terang menanti kita bersama dendang dan irama hidup baru, sambil di dibelai cinta-MU.Seyakinnya,di SANA gelapnya tiada kerana kita didampingi manusia yang punya akal dan fikiran yang sempurna.Dengan aman semahunya senyum sepuasnya dan berdendang dengan irama kita,balada kita dan tari kita agar ia memberi kesan yang abadi.
( ^ __ ^ )''
( ^ __ ^ )''
Subscribe to:
Posts (Atom)