Allahuakbar..
Sampai begini dugaan yang diterima.Belum lagi selesai yang satu,satu lagi muncul.YA Tuhan,limpahkan hambamu ini kesabaran yang tinggi,permudahkan hambamu ini dengan segala urusan dunia mahupun akhirat.Berikanlah nur supaya dapatku menyusuri setiap badai dengan ketenangan.
Ya benar,salah satu yangku inginkan,yang perluku korbankan dan juga melupakan.Tapi mampukan ia terlaksana dan mampukah aku menghadapinya?Persoalan yang datang kerana yang berlaku ada di depan mata,selaluku lalui dan kerap kaliku bersama.
Tidak mengapa,aku masih lagi sanggup menunggu.
YA Allah..
berikan kekuatan kepada hambamu ini,
Berikan ruang agar dapat hambamu ini melaksanakan impian,
Bukakan pintu yang ingin hambamu ini masuk,
Permudahkannya Ya Allah,
Berikan hambamu ini kewarasan dalam pemikiran,
Agar dapat menerima apa jua yang akan berlaku dan apa jua yang akan ditetapkan,
Tunjukkan hambamu ini jalan yang sebenarnya pasti.
Amin.
Sunday, June 26, 2011
Monday, June 20, 2011
Ringkas irama 2.
Alhamdulillah,masih ada lagi kelapangan.Kelapangan yang tak mudah datang,mudah menghilang.Sebelum mula bicara semahunya ingin berkongsi sesuatu:
"Badan boleh dimiliki,hati tiada boleh dimiliki".
Maksudnya,"walau orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat,tetapi hatinya bebas lepas".
Sekadar selingan.
Selamat Hari Bapa,kata pertama ditujukan kepada Rahman Mohammad.Walaupun jarang sekali berkata tapi apakan daya setiap hari adalah hari bapa.Bukan sekadar ada masa-masanya sahaja.
Tanpa dia siapalah aku,tanpa dia entah kemana halaku.Alhamdulillah segarang bak harimau,selembut bak kapas,itulah dia,bapa,abah,ayah.Mendewasakan hingga ke hari ini.Pantun ini mengambarkan pengalamannya:

Zaman ayah mudik ke hulu,
Hendak gunting bunga delima,
Zaman ayah menganyam nyiru,
Angkit dua tindih lima.
Segalanya indah,
masih lagi terlihat apa yang sedang berlaku,
segalanya meyakinkan walauku tahu ia bukan untukku.
'Dari mata yang melihat'

Wednesday, June 15, 2011
Ringkas irama.
Walau ia seperti kosong,lihatlah apa yang boleh dilakukan.(S.R)Berapa lama tidak menjengah,berapa lama tidak diisi.Agak lama.Banyak cerita agak perlu dikongsikan yang diperolehi 'Dari Mata Yang Melihat'.Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah,masih lagi diberi peluang untuk bernafas,masih lagi diberi ruang untuk berkongsi dan masih lagi diberi ilham untuk diisi.Nyata kali ini hati terlalu gembira dengan apa yang terjadi dan yang dirancang berjalan dengan lancar walau dalam perkara yang tidak terduga berlaku.Di sini masih lagi keadaan seperti sebelumnya,masih lagi dengan perlakuan biasa yang sentiasa dilakukan dalam langkah kehidupan.Setiap tarian yang dilakukan perlulah diikuti iramanya agar tidak nampak seperti kayu barangkali.Itulah kehidupan,mahukah menongkah arus sedangkan tidak mampu untuk melawannya malah meredahinya.Benar,ada diantara kita manusia masih lagi dengan canggung lama,ada juga yang sudah menongkah arus untuk manjadikan kehidupan lebih baik dan tidak kosong.Mampukan kebanyakan melakukannya?tepuk dada tanya selera.Sedangkan diri sendiri tidak mampu melaksanakannya.
Kali ini bukan lagi ditahap biasa,bukan lagi menggunakan tatacara yang kebiasaannya,ia telah diubah mengikut lamanya usia.Adakah masih tidak menyedari, semakin hari bilangan nombornya semakin bertambah dan bilangan masanya semakin menghampiri kepada-Nya.Terlalu mengejar apa yang sementara ini dan terkadang lupa apa sebenarnya yang perlu dilakukan kepada 'bahan' yang telah sedia ada ini.Genap memasuki usia sebenar,Alhamdulillah diberi kesedaran seperti ini.Aku memerlukan kegelapan untuk melihat bintang,aku memerlukan cahaya untuk menyuluh perjalanan.Tapi,terkadang ianya seperti telah menghijab,langsung tidak diberi harapan.Seperti tersendat rasanya.
Apa yang dilihat,apa yang dirasa,ruang dan masa masih lagi diberikan untuk melakukannya.Segala macam telah dilakukan dan telah terjadi.Seperkaranya telah membuatkan diri terkedu dan terkejut sebesar ini yang telah diperolehi.Amat-amat berterima kasih dengan peluang seperti ini.Boleh dikatakan tidak luput ditelan zaman,ringkas tapi cukup bermakna.Ia benar sangat-sangat bermakna.Cukup berbaloi.Apa yang berlaku hari ni diharapkan ia akan terus diingati.
Hari ini masih ada lagi perubahan yang cuba dirungkaikan yang cuba diadaptasikan untuk digunakan dalam kehidupan sehari harian.Penerimaannya mungkin tidak, mungkin menerima,barangkali mengambil masa.Perubahan, erti kata lainnya penghijrahan,tidak semua mampu melakukanya.Mungkin pengakhiran di sini.Insyaallah,jika masih ada lagi peluang dan ruang,akan bertambah lagi 'ringkas irama' ini.
sekian.
"Dari Mata Yang Melihat"
Saturday, April 30, 2011
Renggang.
Tahun berganti tahun.Masa sentiasa berlalu pergi dan tidak akan kembali.Langkah perlu diteruskan dengan irama.Irama yang indah yang membuka mata semua.Tak kira apa jua yang melintasi,tak kira apa jua cubaan dan dugaan yang menghadiri,ia tetap perlu ditempuhi dengan kesabaran yang tinggi.
Agak seperti renggang dengan sesuatu,barangkali sudah lama tidak bertemu.Terpasangnya niat pada tahun ini ingin menyempurnakan sesuatu yang telah dijanjikan sebelum ini.Tapi masing-masing masih lagi bersama misi yang perlu diselesaikan.Tidak mengapa,berikan mereka ruang untuk menyelesaikannya dahulu.Apabila sudah berada di paksi selesa,di landasan yang sebenar,itulah masanya untuk mengabadikan misi dijanjikan dahulu.
Tinggalkan dahulu cerita yang belum ada penamatnya ini.(DESTINASI)
Dahulunya,bilaku rasa ingin menyampaikan sesuatu,pen dan kertas tempatku mengadu,dan hari ini,ianya bukan seperti dahulu,adanya hamparan seperti ini,inilah tempatku mengadu dan ini tempatku menyampaikan sesuatu.Tidak kiralah manusia itu terlihat,terpandang dan terbaca,apa yang penting adalah mereka sama tahu.Tidak kira jualah berapa bilangannya,ku harap mereka tahu.Terasa ingin bersendiri terus menyepi.Tapi sampai bila terusan begini.
Kadang terfikir mengapa semahunya berada di tempat yang sebegini.Mengapa tidak memilih jalan yang telah ditujukan?Mengapa mengikut kehendak hati?
Persoalan yang acap kali berlegar.Walhal jawapan yang pastinya ada pada diri sendiri.
Yang pastinya,segala apa kejadian yang berlaku,pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Persoalan,persoalan dan persoalan.-(A.S.R)-
Aku merindui sesuatu,
tetapi ia bukan milikku,
Aku memerlukan sesuatu,
tetapi ia jauh dariku.
Bagaimana untuk aku menyampaikan,
Sedangkan ia tidak langsung kelihatan,
Bagaimana untuk aku menyuarakan,
Sedangkan ia tidak langsung membukakan.
Tidak mudahku katakan sesuatu tanpaku rasa,
Tidak mudahku menyatakan tanpa terduga,
Dikala hati sudah tersentuh ke pangkal rasa,
Masakan masih mahu membiarkan ia membeku di dalam jiwa.
Dengarkanlah rintihan seorang pencinta,
Ia tidak mahu dirinya terlepas tanpa apa,
Hanya pencinta yang merasa semangat sebuah cinta,
Hanya pencinta yang rela menderita dirinya menderita.
Apa lagi yang harus dilakukannya?
apa lagi?
apa lagi?
-(P.A./A.S.R)-

Wednesday, April 20, 2011
Mana irama.
Seperti tiada jiwa.Tiada apa.Mustahil untuk menggambarkan dalam suasana.Walaupun di dalam terang ia masih wujud.Bukan mudah untuk 'menyampaikan' apa yang kita rasa dan apa yang kita mahukan.Keinginan hanya tinggal keinginan.Biarkan masa yang menentukan.Tetap pada satu yang dicari,tiada lagi manusia lain.Direnungkan,satu 'misi' yang mustahil untuk diabadikan.Nyatanya,ia memang lumrah.Cuba untuk tidak terlepas kekosongan.
Lahir sebuah cerita seperti ini.
Dari jiwa yang sepi mengilhamkan sebuah,
Perjalanan yang suci,
menciptakan satu misi.
Irama yang murni,
Lahir dari dasar hati,
Penuh kata maknawi bekal petunjukmu,
Oh kasih.
Haruskah aku berlari,
Mencari detik kalimah ini,
Di mukim sementara ini,
Padamu jua aku kembali.
Bisakah,
Aku bertanya dimanakah jalannya,
Mestikah aku di sini,
Mencari-cari caramu.
Kau hamparkan sebuah kota cinta,
Di dalamnya ada sengsara,
Kasih yang didambakan entah di mana,
Belum jua,belum jua,ku temuinya.
Cerita dalam lagu.

Subscribe to:
Posts (Atom)