Thursday, August 12, 2010

Apalah penghujung......

Permulaan sudah lama dibentangkan dan tinggal lagi mahu dicorakkan.Sedangkan suasana yang dialami masih lagi belum menemui kenyataan dan kebenaran dimana kita manusia perlu mencarinya.Terkadang manusia alpa dan terlupa bahawa dia manusia.Melakukan sesuatu perkara tanpa melihat musibah yang bakal melanda dan kesan gelombangnya.Tidak memahami atau masih mencari-cari siapakah diri sendiri.Cerminkanlah kejadian yang terjadi dan renungkanlah mengapa ia terjadi.Diam dan kaku seribu bahasa pabila badai melanda jiwa.Dimanakah dan apakah kelansungan yang terjadi.Apa penghujungnya tatkala permulaannya sudah bermula dan terus bergerak tanpa duga dan rasa keadaannya.Adakah mahu menyerahkan segalanya pada takdir tanpa melakukan apa-apa perubahan?
Jawapan ada pada manusia sendiri dan kejadiannya untuk merancang,berusaha,bertawakal.

( ^ __ ^ )"

Saturday, August 7, 2010

Irama Kehidupan.

Irama yang sekian lama telah diterjemahkan di masa lalu dan kini seakan kembali untuk menjadi rencah kehidupan.Boleh dikatakan menjadi pedoman dan pentunjuk untuk menempuh dugaan dalam pesona,mengejar impian dan harapan.Bagi yang memahami apa itu dugaan dan apa kaitannya dengan kehidupan.Terkadang alpa dan lupa selama mencari yang nyata kita menganggap perkara yg dilakukan mudah tanpa dapat membezakan mana pahala dan juga dosa.Erti kebahagian dan ketenangan yang dicari,masih lagi belum ditemui.
Hidup mesti lawan,dan lawan untuk hidup.Apa yang telah berlaku biarkan berlalu dan jadikan ia nostalgia juga 'cara'untuk menghadapi fenomena yang tidak terduga.Namun apa yang berlaku tidak kira apa jua halangan,diri sendiri masih lagi gembira.Hanya senyuman menjadi azimat dan keindahan ciptaan Tuhan menjadi sumber ilham dan rahmat.Jangan hanya mengharapkan takdir tanpa melakukan apa-apa kerana manusia kadang-kadang perlu menongkah arus untuk mencari yang maknawi dan hakiki.Apa yang berlaku punya hikmah dan isi yang tersirat.Kita sendiri yang tahu apa yang akan kita lakukan dan ilhamkan dan segalanya ditentukan oleh Tuhan.
Kita punya 'irama' kita sendiri.Jadikanlah ia irama yang sempurna dan berkekalan selamanya.Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang dan kita juga memerlukan 'melodi' untuk menjadikan 'irama' dan rentak.

( ^ __ ^ )"