Tuesday, November 20, 2012

Untukmu















Dengarkanlah...suara pinta keadilan,
Dengarkanlah...suara kesakitan,
Marilah bersatu cuba meringankan,
Marilah bersatu mendoakan.

Lihatlah apa yang mereka lakukan,
Kepada saudara kalian,
Adakah kaku membiarkan,
Pembinasaan bagai alat mainan,
Mana orang befikiran?
Di mana orang berfikiran?

Adakah kau ingin melihat,
Kembali cerita Al Durrah dulu,
Suara duka sentiasa bersama,
Menemani hari-hari mereka,
Di bumi Gazza,
Di bumi mereka.

Tanah yang kau cerobohi,
Bukan tanah milikmu...
Kau mencuri tanpa pedulikan yang satu,
Kau merampas bukan milikmu
Kau mengganas bagai nyata bumi milikmu.

Ya Tuhan,
Seperti mana yang pernah kau sampaikan,
Kedatangan sang burung ababil menghancurkan,
Memusnah dan menidakkan,
Kau turunkanlah bantuan-Mu,
Mereka Palestin memerlukan-Mu,
Mereka memerlukan bantuan-Mu.


PRAHARAABADI2012

Tuesday, November 6, 2012

pengertian.

saatku sendiri,
hujan turun membasahi bumi,
melenyapkan suasana,
entah apa entah bagaimana.

tujuh puluh tiga,
mana satu yang harus dipilih,
untuk meneruskan sedia ada,
ke arah yaag berbalik,
atau lurus menuju kekasih.

bersama selamanya,
mencari selamanya,
satu arah selamanya,
mungkin tidak lagi selamanya.

beribu kalimah telah diberi,
apa mungkin mengerti,
mana satu yang benar dan abadi,
apa mungkin masih mencari.

Aku hanya mampu berserah,
kerana kau lebih mengerti,
apa yang perlu pada diri,
saat sedar  akan berkumpul,
pada suatu hari,
akan terbongkar segala rahsia,
di sebalik setiap wajah,
kebenaran tidak lagi diselindung.

tubuh ini akan diserahkan,
melaksanakan arahan baru,
berbeza dari dunia,
tempat yang telah ditentukan,
arah telah ditetapkan.