Friday, July 30, 2010

PENDENGAR




Ada ketika jiwa merasa kosong,walhal sebenarnya di sekeliling kita punya teman yang menemani.Pada seketika waktu,manusia juga perlu bersendirian,tetapi dalam bersendirian kita pula tidak mampu untuk menghadapi.Persoalannya mengapa ia berlaku.Jawapannya kita memerlukan teman untuk menghadapi hari-hari yang penuh dgn kekecewaan.Tetapi apa yang kita tidak sedari ada di kalangan teman yg ada pada kita merasa diri mereka tidak dihargai kerana oleh kerana faktor suasana yang kita hadapi.Walhal kita manusia biasa telah melakukan yg terbaik utk membahagikan keadilan yg sama rata.Ada pula yang mengatakan dalam susah, barulah teman dicari walhal ini adalah lumrah tetapi ada yg tidak nampk kesenangan,keseronokan dan kegembiraan telah sama-sama
dilalui.
Fikirkanlah sejenak,kita manusia biasa memerlukan pendengar yang setia.Percayalah,seseorg teman yang punya masalah peribadi ataupun lain-lain hanya memerlukan pendengar yang setia bagi meluahkan apa yang ada dalam hati.Bukan saja masalah,tetapi kegembiraan dan kesenangan.Siapa lagi kalau bukan teman yang bernama pendengar yang setia.Setianya seorang teman adalah keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa pembalasan.

Monday, July 26, 2010

Jiwa


INILAH JIWA

Ada masa kita akan merenung sejenak,apa yang telah kita lakukan hari ini.Walhal kita sudah merancang apa yang mahu kita lakukan.Dalam masa yang ada terkadang kita lupa dan alpa bahawa di sekeliling kita ada manusia yang lahirnya dengan pelbagai citarasa.Bagiku hanya satu,ada insan yang menjadi peneman kepada jiwa manusia,tidak kira rupa asal dan rgm.

Kemana kita hendak ceritakan perkara jikalau bukan pada manusia sebegini.Iaitu peneman.Peneman yang tiada galang ganti dan sempurna untuk kita.Gerangan yang aku maksudkan adalah SAHABAT.Bukan mudah untukku berkata tanpaku rasa dan bukan mudah untuku gambarkan tanpaku laluinya.Masa hanya gagasan dan kita adalah manusia.Sahabat adalah satu dalam hidup kita.Apa jua keadaan,dialah peneman hari-hari kita.


S.R AHMAD.