Friday, October 19, 2012

Berat.

 RINDU
 
Terdengar...
titisan hujan menusuk...
pedih di kalbuku,
berdebar jantungku,
diriku lemas dalam pelukan ku sendiri.
masa dulu....
pernah aku merasa...
bila kau ku perlukan,
kau pastiku temu,
tapi kini kau hanya diam kaku,
membisu...
rindu...
hatiku rindu.
pada kegemilangan,
cinta bawah 'pohon cemara',
jemu...
jemu menantikan suria,
dengarkanlah...
lagu 'cinta' lama...
tenggelam dalam pelukan,
rindu...

D.M.N

Wednesday, October 17, 2012

benar belaka.

Apa yang dirasakan benar terjadi.
Lama dahulu,terlalu lama.
Walaupun seperti tidak nampak,ia terjadi bukan dalam keadaan keterbukaan.
Betul kata satu pengkarya itu,segala 'ada masanya'.
Bukan ia terus terjadi tetapi ada masanya.
Suka bersendiri,
suka berteman,
suka berjalan kadang-kadang suka apa yang mereka suka.
Betu juga kata ini,'hanya jauhari yang mengenal manikam'.
Dari zaman lahiriah lagi hanya dia yang betul-betul mengenal.
Tak salah cakap orang tua,bila direnung kembali memang betul kebenarannya.
Salah satunya begini,'apa yang kau nampak?,kalau kau susah siapa yang kau cari?,kalau kau tak keruan siapa yang kau cari?,kalau kau dalam keadaan apa sekali pun siapa yang kau cari?,siapa yang kau mintak tolong kalau kau susah?siapa?Ada ke yang kau banggakan sekarang ni nak tolong kau?Tak ada,Kau fikirlah,fikirlah apa yang a..b..h cakap ni'.
Tapi bagi orang muda ianya tidak betul,seperti mengongkong.
Padahal itulah kebenaran yang hakiki cuma penyampaiannya agak kasar dan terlampau tegas.
Ada ayat berbunyi begini,'ada racun dalam kelembutan'.
Ada pula yang berbunyi begini,'ada penawar dalam kekerasan'.
Jadi atas pada diri sendiri sama ada mahu menerima atau menolaknya.
Kini bukannya masa untuk terus dengan cerita lama.
Walaupun perkara itu memang kebiasaan dan kegemaran,sampai satu tahap ia menjadi bosan 
dan mungkin meninggalkan terus dan tidak mahu bersua kembali.
Tak apalah,biar perlahan,tetapi ia ke arah itu.
Dari-Nya kita datang,kepada-Nya kita kembali.Itu yang pasti.
Biarlah bersedih sekarang dari bersedih kemudian hari.
Percayalah tentang kebenaran-Nya.
Kita pula hanya mampu merancang ke arah itu,ke arah ini,tetapi perancangan Allah itu lebih baik.
Mudahan DESTINASI dalam keadaan baik sahaja.

( ^ __ ^ )"