Sunday, June 26, 2011

Cukup sampai di sini.

Allahuakbar..
Sampai begini dugaan yang diterima.Belum lagi selesai yang satu,satu lagi muncul.YA Tuhan,limpahkan hambamu ini kesabaran yang tinggi,permudahkan hambamu ini dengan segala urusan dunia mahupun akhirat.Berikanlah nur supaya dapatku menyusuri setiap badai dengan ketenangan.
Ya benar,salah satu yangku inginkan,yang perluku korbankan dan juga melupakan.Tapi mampukan ia terlaksana dan mampukah aku menghadapinya?Persoalan yang datang kerana yang berlaku ada di depan mata,selaluku lalui dan kerap kaliku bersama.
Tidak mengapa,aku masih lagi sanggup menunggu.
YA Allah..
berikan kekuatan kepada hambamu ini,
Berikan ruang agar dapat hambamu ini melaksanakan impian,
Bukakan pintu yang ingin hambamu ini masuk,
Permudahkannya Ya Allah,
Berikan hambamu ini kewarasan dalam pemikiran,
Agar dapat menerima apa jua yang akan berlaku dan apa jua yang akan ditetapkan,
Tunjukkan hambamu ini jalan yang sebenarnya pasti.
Amin.

Monday, June 20, 2011

Ringkas irama 2.

Alhamdulillah,masih ada lagi kelapangan.Kelapangan yang tak mudah datang,mudah menghilang.Sebelum mula bicara semahunya ingin berkongsi sesuatu:
"Badan boleh dimiliki,hati tiada boleh dimiliki".
Maksudnya,"walau orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat,tetapi hatinya bebas lepas".
Sekadar selingan.

Selamat Hari Bapa,kata pertama ditujukan kepada Rahman Mohammad.Walaupun jarang sekali berkata tapi apakan daya setiap hari adalah hari bapa.Bukan sekadar ada masa-masanya sahaja.
Tanpa dia siapalah aku,tanpa dia entah kemana halaku.Alhamdulillah segarang bak harimau,selembut bak kapas,itulah dia,bapa,abah,ayah.Mendewasakan hingga ke hari ini.Pantun ini mengambarkan pengalamannya:
Zaman ayah mudik ke hulu,
Hendak gunting bunga delima,
Zaman ayah menganyam nyiru,
Angkit dua tindih lima.

Segalanya indah,
masih lagi terlihat apa yang sedang berlaku,
segalanya meyakinkan walauku tahu ia bukan untukku.

'Dari mata yang melihat'

Wednesday, June 15, 2011

Ringkas irama.

Walau ia seperti kosong,lihatlah apa yang boleh dilakukan.(S.R)



Berapa lama tidak menjengah,berapa lama tidak diisi.Agak lama.Banyak cerita agak perlu dikongsikan yang diperolehi 'Dari Mata Yang Melihat'.Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah,masih lagi diberi peluang untuk bernafas,masih lagi diberi ruang untuk berkongsi dan masih lagi diberi ilham untuk diisi.Nyata kali ini hati terlalu gembira dengan apa yang terjadi dan yang dirancang berjalan dengan lancar walau dalam perkara yang tidak terduga berlaku.Di sini masih lagi keadaan seperti sebelumnya,masih lagi dengan perlakuan biasa yang sentiasa dilakukan dalam langkah kehidupan.Setiap tarian yang dilakukan perlulah diikuti iramanya agar tidak nampak seperti kayu barangkali.Itulah kehidupan,mahukah menongkah arus sedangkan tidak mampu untuk melawannya malah meredahinya.Benar,ada diantara kita manusia masih lagi dengan canggung lama,ada juga yang sudah menongkah arus untuk manjadikan kehidupan lebih baik dan tidak kosong.Mampukan kebanyakan melakukannya?tepuk dada tanya selera.Sedangkan diri sendiri tidak mampu melaksanakannya.

Kali ini bukan lagi ditahap biasa,bukan lagi menggunakan tatacara yang kebiasaannya,ia telah diubah mengikut lamanya usia.Adakah masih tidak menyedari, semakin hari bilangan nombornya semakin bertambah dan bilangan masanya semakin menghampiri kepada-Nya.Terlalu mengejar apa yang sementara ini dan terkadang lupa apa sebenarnya yang perlu dilakukan kepada 'bahan' yang telah sedia ada ini.Genap memasuki usia sebenar,Alhamdulillah diberi kesedaran seperti ini.Aku memerlukan kegelapan untuk melihat bintang,aku memerlukan cahaya untuk menyuluh perjalanan.Tapi,terkadang ianya seperti telah menghijab,langsung tidak diberi harapan.Seperti tersendat rasanya.


Apa yang dilihat,apa yang dirasa,ruang dan masa masih lagi diberikan untuk melakukannya.Segala macam telah dilakukan dan telah terjadi.Seperkaranya telah membuatkan diri terkedu dan terkejut sebesar ini yang telah diperolehi.Amat-amat berterima kasih dengan peluang seperti ini.Boleh dikatakan tidak luput ditelan zaman,ringkas tapi cukup bermakna.Ia benar sangat-sangat bermakna.Cukup berbaloi.Apa yang berlaku hari ni diharapkan ia akan terus diingati.


Hari ini masih ada lagi perubahan yang cuba dirungkaikan yang cuba diadaptasikan untuk digunakan dalam kehidupan sehari harian.Penerimaannya mungkin tidak, mungkin menerima,barangkali mengambil masa.Perubahan, erti kata lainnya penghijrahan,tidak semua mampu melakukanya.Mungkin pengakhiran di sini.Insyaallah,jika masih ada lagi peluang dan ruang,akan bertambah lagi 'ringkas irama' ini.


sekian.

"Dari Mata Yang Melihat"