Monday, January 31, 2011

akar kita.


Harus menjalar dalam dan jauh
Bicara sang pohon keramat tua
Kalau mahu matahari
Menimbah karunianya

Langit tinggi lagi jelas pandangan
Mudah baca cabaran mendatang
Mudah buat perkiraan
Matang dan tepat kesasaran

Hati tak resah atau rasa gundah
Bila jejari membenam ke mata air
Itulah pesanan Lokman
Pada putranya di waktu duha
Dia pergi mencari suara emas

Wednesday, January 26, 2011

Thursday, January 13, 2011

Memang sepatutnya.

Alhamdulillah.Bersyukur kepada Allah,masih lagi memberi peluang untuk meneruskan kehidupan yang hampir menuju ke penghujungnya.Betul kata orang,kalau ada masalah,walaupun sebesar kuman sekalipun,kita manusia memerlukan seseorang untuk kongsikan cerita.Alhamdulillah,aku punya teman yang bukan untuk bersenang sahaja tetapi dalam kegelapan dan kesusahan,mereka masih ada.Mungkin terdetik untuk menulis tentang mereka yang bernama SAHABAT.Tanpa mereka,mungkin terlalu sunyi kehidupan seseorang manusia.Mereka juga adalah kawan dan juga lawan.Tentang mereka,air mata boleh mengalir,tanpa mereka kehidupan seakan tiada makna.Terima kasih kepada mereka.













Muhammad Azali
Luqman Nulhakim
Qayyum
Salih
Hidatul Ikhma
Nur atifah
Hykal Sharidan
Aizuddin
Nora
Nabil Syazwani
Amy lyana
Aiena
Nonie
Zaidi Hus
Akmar Sarifudin
Fatin Atika
Nurul

Kerana anda semua,kehidupan penuh dengan keceriaan.
( ^ __ ^ )'


Aku jumpa DESTINASI yangku mahukan.

Monday, January 10, 2011

Fikir.


Di saat penyair kehilangan kata.


biasanya
mengalirlah kata-kata lewat nadiku
entah kenapa, tiba-tiba tersendat
biasanya
lirik kata terhembus oleh nafasku
entah kenapa, tiba-tiba menyesak
biasanya
aku menyatu dengan sajakku
entah kenapa, tiba-tiba dia menalak
biasanya
malam dan hujan bercakap denganku
entah kenapa, tiba-tiba bersapa saja mereka enggan
biasanya
titis embun merajuk padaku
dan liris angin pun menjadi puisi
entahlah,
mungkin ada saat penyair kehilangan kata
ataukah dia kehilangan rasa ?
ah, aku akan berdoa menunggu jeda.



Ketentuan.

Bayang-bayang sendiri.Aku mencari yang hakiki dan abadi,yang sentiasa berlalu dan tiada hentinya,yang sentiasa mengalir mengikut arusnya.Masih mencari rentak kehidupan di pentas perjalanan dunia yang penuh dengan dugaan.Cuba menjadikan dugaan dan pesona satu irama indah sambil membawa kesakitan berlalu pergi tanpa bererti.Kata dari Pak Tua jangan kau lupakan asal usul dan keperibadian seorang yang bernama Islam dan Melayu,yang punya budaya, adat dan canggung bangsa sendiri.Harus membina jambatan untuk menyeberangi ke satu destinasi sambil meletakkan dugaan dan ujian sebagai tiang kekuatan sebuah perjalanan.
Hei manusia bangkrut(untuk diri sendiri),sampai bila kau mahu teruskan kehidupan sebegini,seperti tiada hala tuju dan tiada petunjuk.




Wednesday, January 5, 2011

Idea.

Tidak lagi mencurah.Hilang entah kemana.Walhal selalu hadir dalam sekelip mata.Ini yg terakhir dalam sebuah idea untuk jangka masa ini.

Di manakah,
Sinar yangku cari dahulu,
Tidak menjelma jua,
Di saat aku memerlukan,
Untuk menerangi kehidupan.

Kegelapan mengunjung kembali,
Kesuraman kehidupan mewarnai,
Tiada rasa simpati duniawi,
Tetap dengan takdir dari Ilahi.

KAU luruhkan pelbagai ujian,
KAU berikan pelbagai dugaan,
Awan yang berlalu pilu,
Seakan memahami apa yang dilalui.

Mati kata.Teramat sulit untuk menruskan kata.Apa yang berlaku.Mungkin terlalu mengharapkan ia untuk muncul.Tanpa mengambil peduli untuk mencari sesuatu,sambil memainkan sekeliling sebagai sumber.

Ilham,berikan peluang untuk terus mencetuskan idea.