Saturday, April 30, 2011

Renggang.

Tahun berganti tahun.Masa sentiasa berlalu pergi dan tidak akan kembali.Langkah perlu diteruskan dengan irama.Irama yang indah yang membuka mata semua.Tak kira apa jua yang melintasi,tak kira apa jua cubaan dan dugaan yang menghadiri,ia tetap perlu ditempuhi dengan kesabaran yang tinggi.
Agak seperti renggang dengan sesuatu,barangkali sudah lama tidak bertemu.Terpasangnya niat pada tahun ini ingin menyempurnakan sesuatu yang telah dijanjikan sebelum ini.Tapi masing-masing masih lagi bersama misi yang perlu diselesaikan.Tidak mengapa,berikan mereka ruang untuk menyelesaikannya dahulu.Apabila sudah berada di paksi selesa,di landasan yang sebenar,itulah masanya untuk mengabadikan misi dijanjikan dahulu.
Tinggalkan dahulu cerita yang belum ada penamatnya ini.(DESTINASI)

Dahulunya,bilaku rasa ingin menyampaikan sesuatu,pen dan kertas tempatku mengadu,dan hari ini,ianya bukan seperti dahulu,adanya hamparan seperti ini,inilah tempatku mengadu dan ini tempatku menyampaikan sesuatu.Tidak kiralah manusia itu terlihat,terpandang dan terbaca,apa yang penting adalah mereka sama tahu.Tidak kira jualah berapa bilangannya,ku harap mereka tahu.Terasa ingin bersendiri terus menyepi.Tapi sampai bila terusan begini.

Kadang terfikir mengapa semahunya berada di tempat yang sebegini.Mengapa tidak memilih jalan yang telah ditujukan?Mengapa mengikut kehendak hati?
Persoalan yang acap kali berlegar.Walhal jawapan yang pastinya ada pada diri sendiri.
Yang pastinya,segala apa kejadian yang berlaku,pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Persoalan,persoalan dan persoalan.-(A.S.R)-

Aku merindui sesuatu,
tetapi ia bukan milikku,
Aku memerlukan sesuatu,
tetapi ia jauh dariku.

Bagaimana untuk aku menyampaikan,
Sedangkan ia tidak langsung kelihatan,
Bagaimana untuk aku menyuarakan,
Sedangkan ia tidak langsung membukakan.

Tidak mudahku katakan sesuatu tanpaku rasa,
Tidak mudahku menyatakan tanpa terduga,
Dikala hati sudah tersentuh ke pangkal rasa,
Masakan masih mahu membiarkan ia membeku di dalam jiwa.

Dengarkanlah rintihan seorang pencinta,
Ia tidak mahu dirinya terlepas tanpa apa,
Hanya pencinta yang merasa semangat sebuah cinta,
Hanya pencinta yang rela menderita dirinya menderita.
Apa lagi yang harus dilakukannya?
apa lagi?
apa lagi?

-(P.A./A.S.R)-

Wednesday, April 20, 2011

Mana irama.

Seperti tiada jiwa.Tiada apa.Mustahil untuk menggambarkan dalam suasana.Walaupun di dalam terang ia masih wujud.Bukan mudah untuk 'menyampaikan' apa yang kita rasa dan apa yang kita mahukan.Keinginan hanya tinggal keinginan.Biarkan masa yang menentukan.Tetap pada satu yang dicari,tiada lagi manusia lain.Direnungkan,satu 'misi' yang mustahil untuk diabadikan.Nyatanya,ia memang lumrah.Cuba untuk tidak terlepas kekosongan.
Lahir sebuah cerita seperti ini.

Dari jiwa yang sepi mengilhamkan sebuah,
Perjalanan yang suci,
menciptakan satu misi.
Irama yang murni,
Lahir dari dasar hati,
Penuh kata maknawi bekal petunjukmu,
Oh kasih.

Haruskah aku berlari,
Mencari detik kalimah ini,
Di mukim sementara ini,
Padamu jua aku kembali.

Bisakah,
Aku bertanya dimanakah jalannya,
Mestikah aku di sini,
Mencari-cari caramu.

Kau hamparkan sebuah kota cinta,
Di dalamnya ada sengsara,
Kasih yang didambakan entah di mana,
Belum jua,belum jua,ku temuinya.

Cerita dalam lagu.
sekian.