Friday, November 12, 2010

Kesuntukan Masa..

Cuba menjadi terbaik di kalangan yang terbaik,cuba menjadi air dalam lingkaran api,cuba menjadi manusia dikalangan manusia.Bukan 'jongos',sekadar menuruti tanpa berfikir.Sesuatu yang dicari,nampak sudah menjelma dalam lingkaran perkenalan sesama manusia.Tetapi terdapat di situ sesuatu yang boleh dianggap 'sang algojo',kerana ianya seakan menjadi penamat segala yang dirancang dan terancang.Kekalutan jiwa,tubuh yang bergoncang seperti dihempas batu jalanan dan terasa perjalanan ini amat menyedihkan dan manyakitkan.Cuba diabadikan dalam satu irama seperti,'Dalam Jiwa,Ujian Amarah,Dingin Malam',tetapi masih lagi begini,tidak berlalu seperti mengalirnya air mengikut arusnya.
Pelita hati yang cuba dinyalakan diharapkan tidak menyala di tengahari.Biarkan cahaya pelita yang memancar menggunakan segala kelebihan yang ada untuk memberi segalanya.Sementara,ia bersifat sementara.Begitu juga alam,hanya sementara.Tiada yang abadi selain yang nyata dari-Nya.


DESTINASI

Thursday, November 4, 2010

Adakah berakhir seperti ini??


Salah siapa.Diri sendiri atau suasana persekitaran.Tidak lagi seperti dulu,'iramanya' seakan sumbang dan tidak lagi mengikut 'rentak' yang disusun.Perbincangan tidak lagi menjadi 'gelanggang' untuk menyelesaikan sesuatu.Harus bagaimana lagi,untuk diambil peduli atau lansung tidak peduli??
Segenap irama yang sudah dilakukan lansung tidak di indahkan bahkan lagi di 'sumbangkan'.Sahabat memang susah nk dicari ganti.Jika jumpa sekali pun,mungkin tak sama seperti yang telah ada.ermmm..aku mati kata.Tunggu dan lihat,apa yang akan berlaku.Jangan disangka air yang mengalir akan terus mengalir.

Harapan kepada SAHABAT,pandang lah masa depan,lihat kembali di mana asal-usul kita.

( ^ __ ^ )'