Monday, January 30, 2012

Seni yang bercelaru.

Menung..
Menung aku..
Tunduk..
Terduduk aku...
Kelihatan,
Tingkahnya tidak seperti dulu,
Ada serba tak kena hampar nya.

Menung..
Terus bermenung..
Kenapa situasi ini,
Terus-terusan dengan kontroversi,
Tiada yang selari,
Bagai lupa diri.

Duduk..
Menung..apa lagi lah!!
terus berterusan,
Mungkin tiada lagi kesefahaman,
Mungkin tiada lagi yang diinginkan,
Mungkin hanya sebuah mendonan,
Yang dicipta dari lamunan.

Berhenti..
Terus kepada arah titik noktah,
Tiada lagi sungai yang mengalir indah,
Tiada lagi warna yang harmoni bertingkah,
Tiada lagi jalan satu arah,
Dan tiada lagi rupa satu wajah.

Kemana..
Kesini..
Berjalan dan berlari,
Mungkin tidak akan atur cara apa-apa,
Sekadar melihat dan terusan berfikir,
Apalagi selepas ini,
Apa lagi yang akan terjadi,
Apa lagi dan apa lagi.

Semua ini gila,
Canggung yang diciptakan sendiri,
Memang gila!!

S.r


Friday, January 27, 2012

s.r 2012

Susah manusia untuk faham sesuatu perkara yang berdasarkan situasi dan suasana.Fikirkanlah secara logik dan positif,berdasarkan kelakuan dan cara bertingkah,adakah sealir pada cara.Renungkanlah,apa manusia lain akan andaikan dan sifatkan dari sudut yang berlainan jika ia terlalu menonjolkan dan menelanjangkan rasa.Fikir, itu mungkin terlalu berat,tetapi lihatlah terlebih dahulu dan seharusnya fikirlah apa kesan pada sesuatu jangka masa.
Bukan hak sesiapa.Jangan biarkan emosi yang mengawal minda dan jasad.Kelakkan terasa kesannya.Usah dibilang jika sesuatu itu bukan perkara yang mustahak.
Segala yang tertulis adalah umum.
Biarkan diam yang berbicara.