Sunday, October 23, 2011

Tulisan.


Melihat perilaku dan tiap kata seorang manusia,ia dapat mencerminkan kredibiliti atau pun perkataan yang paling mudah difahami adalah perangai seseorang.Bukan perkara ini yang hendak dikupaskan tetapi terdapat sedikit yang berkaitan seperti permulaan di atas.Ya melihat dan memahami,ternyata terdapat sedikit kemusykilan.Tidak mengapa,mungkin ia tidak penting dan biarkan ia mencari arah untuk menjejaki realiti kehidupan sendiri.
Masa kian berlalu,teramat pantas hingga langsung tidak disedari.Perkara yang terjadi lima tahun dahulu seperti masih baru terjadi,masih segar.Mungkin ini juga satu peringatan yang maha ESA kepada kita supaya tidak langsung melengahkan masa atau membuang masa begitu sahaja.Pernahkah terfikir oleh kalian,bagaimana kehidupan kita untuk hari seterusnya,kehidupan esok atau pun seminit dan sesaat lagi?Adakah kalian akan mengetahuinya dan bersedia menghadapi sebarang situasi?Mungkin tidak,yakin jawapannya tidak.Mungkin boleh merasa dan tidak boleh tahu apa yang akan berlaku.
Kehidupan pada hari ini terasa amat mencabar,dengan keduniaan,tingkah laku,perangai dan sebagainya.Diri sendiri juga,terkadang lalai,terlalu meletakkan fokus pada perkara duniawi yang tidak kekal lama.Tak salah untuk menikmati nikmat dunia,tapi seharusnya mengingati bahawa semua yang ada pada hari ini adalah sementara,tidak kekal selamanya.Semua ini adalah hak milik Allah dan diri kita manusia adalah hambanya-NYA juga milik-NYA.
(Disaat sedang menulis,Azan Subuh telah berkumandang,telah masuk waktu solat fardhu subuh.)
Tidak banyak perkara yang hendak dikongsikan.Ringkasnya,marilah kita bersama melihat dan membuka kotak pemikiran sambil menyedarkan diri dari lamunan bahawa 'umur' bumi ini sudah tidak lama,terlalu banyak di bumi ini musuh ISLAM,gunakanlah dengan sebaiknya dan lakukan semua perkara dengan niat kerana ALLAH.Mudah mudahan,INSYAALLAH.

Tuesday, October 11, 2011

biasanya.

biasanya tersendat,
biasanya tersekat,
biasanya tak terlihat,
biasanya teramat berat.

kelihatan jauh bezanya,
ditukar kepada malam dan siang,
amat jauh kelihatannya,
untuk tunjukkan segala,
bukan impian,bukan harapan.

dalam diam,
mahu membuktikan,
dalam malam,
mahu menyinarkan.

kerana kamu,
berjaya menukarkan,
kerana kamu,
pembuka jalan segala,
kerana kamu,
pemberi kekuatan.

hati ringan tak salah keranamu,
mudah untuk melakukan jua keranamu,
walau bukan kebiasaan,
ia menjadi satu kebiasaan,
segalanya adalah kesan,
sebuah kesatuan,
jiwa bersama kamu.

Monday, October 3, 2011

Hanya sekali.

Apa lagi yang mahu dicari.Kehidupan tetap begini.Mencari,memperjuang dan juga mengabadikan.Tak semua indah belaka.Mesti adanya sengketa.Pemberontakan yang dicipta sendiri ataupun faktor situasi.Dimana letaknya sebuah keinginan adakah dari sudut hadirnya sendiri atau kita perlu mencari.Tak semudah yang dijangka dan dikata,malah amat sukar untuk diisukan.Dilihat,direnungkan,betulkah langkah ini,adakah tidak langsung melakukan kesilapan.Perlukah diteruskan?Mampukah untuk dilaksanakan?Ini adalah pilihan sendiri.Mahu ataupun tidak perlu dilaksanakan.Tapi,terkadang perasaan tidak mahu dan tak perlu sentiasa ada.Kata orang ia sudah berada di separuh jalan tetapi perlukah ia dihentikan.Ia bukan sebenar-benar dari jiwa malah langsung tiada jiwa.Mampukah untuk menongkah arus,mencari yang sebenar-benar situasi yang dinamakan kehidupan?Mungkin mengambil masa yang agak panjang.Perlu juga melupakan apa yang telah terjadi dan mengorbankan sesuatu yang sangat kita cinta.Persoalannya,mampukah?
Mungkis setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan perubahan dalam kehidupan.Mungkin suatu hari nanti,tanpa melukakan hati,tanpa menyedarkan dan tanpa disangka perubahan itu akan terlaksana.Kelihatannya.ia masih dihantui dengan keadaan sebegini.Seperti takut kehilangan sesuatu yang tersangat kita cinta.Pegang kepada kata-kata,ia bukan boleh dibawa mati.Ya bukan boleh dibawa mati.Kita tinggalkan juga.Hanya doa dari mereka mampu disampaikan,Insyaallah.Tapi apa persoalannya,perlukah untuk meneruskan perjalanan ini?perlukah?Masih lagi tidak nampak apa tujuannya berada di sini.Percaya kepada takdir,yakin dengan empunya kuasa.Yang pastinya ia perlu diubahkan,ia perlu diletakkan pada paksi yang sebenar.Tidak akan lagi menoleh dan merubah.Cuma yang perlu adalah masa,kesanggupan dan keyakinan diri.Ia tetap akan dilaksanakan.Pada waktu itu,ia hanya sendiri dan menjauhi.Tidak untuk berlama-lama tetapi untuk seketika.Hanya seketika.Apa kata mereka.Sudah melupakan?Memberi dorongan?ataupun tidak membenarkan.Sudikah untuk menerima dan sentiasa ada di sisi?Ya perkara-perkara yang perlu dihadapi.Perlu dihadap bagaikan bebanan yang menimpa anggota.Terlalu mengikut kata hati,mungkin.Direnung dari sudut yang paling halus,ia perlu kerana kita yang lebih mengetahui apa yang diperlukan hati.Ya hati kita sendiri.Mungkin juga memerlukan sedikit pandangan dari manusia lain.Persoalannya,adakah memberi kesan yang positif?Seringkali persoalan itu timbul.Adakah itu boleh dinilai dari sudut positif?Jawapannya ada pada diri sendiri.
Selalu diperkatakan hidup ini umpama roda.Seketika berada di atas,seketika berada di bawah.Berapa lama berada di atas dan berapa lama berada di bawah.Mungkin berada di bawah lebih lama dari berada di atas.Ini kerana walau seketika manusia berada di atas,amat mudah lupa diri.Difikirkan seperti sudah tiada perkataan di bawah.Mereka akan tetap berada di atas.Ya bukan mudah untuk mempertahankan sesuatu dari memperolehinya.Tidak semudah itu.Sekarang mungkin ada yang sedang gembira menghayati kehidupan hari ini.Ada juga yang telah menerima perubahan arus dalam kehidupan mereka.Dari susah kepada senang,dari bodoh kepada pandai,dari sedih kepada gembira.Terdapat juga yang menterbalikkan situasi.Dalam apa jua rintangan,dalam apa jua situasi kehidupan wajip diteruskan.Tiada alasan untuk menamatkan kehidupan kecuali takdir dari-Nya.Walau apa perubahan yang dilakukan,ingatlah sebelum ini kita berada dimana,dengan siapa kita bersama dan dari mana hadirnya kita.Akarnya adalah hati,pokoknya adalah diri sendiri.Bukalah minda untuk melihat dalam diri yang tersirat sebelum dimainkan dengan muslihat duniawi.Jangan sesekali mudah menyerah tanpa berusaha kerana pahala mungkinkan menjadi dosa dan jangan sampai kita jatuh tak percaya.Teruskan dengan apa yang telah ada,kenikmatan yang diperolehi,ubahkan perkara yang bukan untuk kita dan jiwakan apa yang dimahukan supaya hidup tidak akan ditemani kekesalan.Terapkan nilai-nilai positif dalam diri dan berfikir dahulu sebelum bertindak.Tujulah cahaya yang sebenar-benar cahaya.( ^ __ ^ )'.