Friday, July 30, 2010

PENDENGAR




Ada ketika jiwa merasa kosong,walhal sebenarnya di sekeliling kita punya teman yang menemani.Pada seketika waktu,manusia juga perlu bersendirian,tetapi dalam bersendirian kita pula tidak mampu untuk menghadapi.Persoalannya mengapa ia berlaku.Jawapannya kita memerlukan teman untuk menghadapi hari-hari yang penuh dgn kekecewaan.Tetapi apa yang kita tidak sedari ada di kalangan teman yg ada pada kita merasa diri mereka tidak dihargai kerana oleh kerana faktor suasana yang kita hadapi.Walhal kita manusia biasa telah melakukan yg terbaik utk membahagikan keadilan yg sama rata.Ada pula yang mengatakan dalam susah, barulah teman dicari walhal ini adalah lumrah tetapi ada yg tidak nampk kesenangan,keseronokan dan kegembiraan telah sama-sama
dilalui.
Fikirkanlah sejenak,kita manusia biasa memerlukan pendengar yang setia.Percayalah,seseorg teman yang punya masalah peribadi ataupun lain-lain hanya memerlukan pendengar yang setia bagi meluahkan apa yang ada dalam hati.Bukan saja masalah,tetapi kegembiraan dan kesenangan.Siapa lagi kalau bukan teman yang bernama pendengar yang setia.Setianya seorang teman adalah keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa pembalasan.

No comments:

Post a Comment