Monday, September 6, 2010

Begitulah Ilham baru.

Mulakan kata-kata dengan salam aidilfitri,maaf zahir dan batin.Sedar atau pun tidak,Ramadan kian ke penghujungnya dan Syawal bakal menjelang tiba.Begitu lah jua dengan kehidupan hari ini,ada perubahan dari akal,kehidupan dan perlaksanaan,matang dan tepat kesasaran.Ilham baru telah muncul dalam keadaan yang tidak terduga dan disangka.Seperti mana yang diharap dalam bulan ramadan agar memberi makna dan perubahan dalam diri,begitu juga dengan keputusan yang telah diputuskan agar ia memberi makna dan kegembiraan dalam kehidupan.Bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi nikmat dan ujian yang menyedarkan diri sendiri agar melakukan segala tindakan kerana-Nya.
Agak ringkas perkongsian hari ini.Mungkin kehilangan kata kerana terlalu gembira dengan apa yangku hadapi hari ini.Terima kasih kepada Sahabat yang selama ini memberi dorongan dan idea yang cukup sempurna dan bermakna.

Akhir kata...
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Dan Batin.

( ^ _ ^ )"

No comments:

Post a Comment