Thursday, September 30, 2010

Benar seperti yang disebut??

"Dia tidak pernah derita itu hanya menghadap separuh kadar,dia tidak pernah gagal itu tidak pernah berusaha atau mencari,dia tidak pernah menangis itu tidak tahu erti ketawa yang sebenar dan dia tidak pernah meragui itu tidak pernah berfikir atau pun bertanya."

Kadang-kadang terfikir,dimana letaknya manusia positif dengan segala-galanya,adakah dimasukkan dalam golongan seperti ini.Yang tidak pernah derita itu,bukanlah bermakna tidak menghadapinya tetapi menjadikan derita itu satu kekuatan.Tidak pernah gagal bukan beerti diri umpama terlalu berserah dan berusaha.Tidak pernah menangis dan tidak tahu erti ketawa yang sebenar bukan bererti diri terlalu ego dan tidak mahu menghadapi.Tidak pernah meragui itu tidak semestinya tidak pernah berfikir dan bertanya kerana,lebih selesa memerhati dan tanpa ragu melakukanya dengan berfikir terlebih dahulu.
Contoh yang paling hampir,seperti 'kata-kata' ini dikeluarkan,adakah tidak berfikir dan merasa??
Nilai yang terbaik yang perlu ada dalam diri adalah bersifat positif dalam menghadapi sesuatu situasi.Bukan untuk menghadapi dengan sendiri tetapi,menghadapinya dengan positif dan lebih matang membuat keputusan serta tepat ke sasaran.

No comments:

Post a Comment