Saturday, September 17, 2011

mengapa.

Ya ungkapan pertama yang hendak dikatakan,yang dirasakan,aku sangat-sangat rasa bersalah.Teramat sangat.Hinggakan mereka melihat tiada kedamaian dalam jiwa.Benarkah,seperti ini jadinya.Mengapa,sendiri pun tidak mengetahui apa yang telah berlaku.berkisarkan tentang kehidupankah,persekitarankah atau merasa ada manusia lain yang dalam kekalutan.Tidak dinafikan,pergolakan jiwa melanda tanpa sebab yang munasabah.Datang tanpa terduga dan dipaksa.Barangkali terlalu cenderung kepada satu kejadian.Mana mungkin ia boleh berlaku.Baiknya diabaikan kerana ia tak pernah berlaku.Langsung tidak berniat untuk melukakan sesiapa.Kepada kalian yang mungkin ada mnyimpan sesuatu,yang nampaknya jelas kelihatan,sangat-sangat memohon maaf.Apa yang kalian nampak,itulah dia,sama seperti dahulu.Takkan ada perubahan.Perubahan hanya sekadar untuk menjadi lebih baik.
cuma kadang-kadang ia seperti ini:

'Ada masanya,aku suka beteman,
Ada masanya,aku suka bersendiri,
Ada masanya,aku suka berjalan,
Ada masanya aku suka berehat.'

Ada diantara K.A.M.U mungkin tahu petikan diatas.Ia sangat-sangat bermakna.
(S.R.)

1 comment:

  1. disetiap kata-kata yang ditulis, tersingkap maksud-maksud yang bermakna.. K.A.M.U itu pasti memahami apa jua caranya.. pasti.. :)

    ReplyDelete