Sunday, October 23, 2011

Tulisan.


Melihat perilaku dan tiap kata seorang manusia,ia dapat mencerminkan kredibiliti atau pun perkataan yang paling mudah difahami adalah perangai seseorang.Bukan perkara ini yang hendak dikupaskan tetapi terdapat sedikit yang berkaitan seperti permulaan di atas.Ya melihat dan memahami,ternyata terdapat sedikit kemusykilan.Tidak mengapa,mungkin ia tidak penting dan biarkan ia mencari arah untuk menjejaki realiti kehidupan sendiri.
Masa kian berlalu,teramat pantas hingga langsung tidak disedari.Perkara yang terjadi lima tahun dahulu seperti masih baru terjadi,masih segar.Mungkin ini juga satu peringatan yang maha ESA kepada kita supaya tidak langsung melengahkan masa atau membuang masa begitu sahaja.Pernahkah terfikir oleh kalian,bagaimana kehidupan kita untuk hari seterusnya,kehidupan esok atau pun seminit dan sesaat lagi?Adakah kalian akan mengetahuinya dan bersedia menghadapi sebarang situasi?Mungkin tidak,yakin jawapannya tidak.Mungkin boleh merasa dan tidak boleh tahu apa yang akan berlaku.
Kehidupan pada hari ini terasa amat mencabar,dengan keduniaan,tingkah laku,perangai dan sebagainya.Diri sendiri juga,terkadang lalai,terlalu meletakkan fokus pada perkara duniawi yang tidak kekal lama.Tak salah untuk menikmati nikmat dunia,tapi seharusnya mengingati bahawa semua yang ada pada hari ini adalah sementara,tidak kekal selamanya.Semua ini adalah hak milik Allah dan diri kita manusia adalah hambanya-NYA juga milik-NYA.
(Disaat sedang menulis,Azan Subuh telah berkumandang,telah masuk waktu solat fardhu subuh.)
Tidak banyak perkara yang hendak dikongsikan.Ringkasnya,marilah kita bersama melihat dan membuka kotak pemikiran sambil menyedarkan diri dari lamunan bahawa 'umur' bumi ini sudah tidak lama,terlalu banyak di bumi ini musuh ISLAM,gunakanlah dengan sebaiknya dan lakukan semua perkara dengan niat kerana ALLAH.Mudah mudahan,INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment