Wednesday, November 30, 2011

S.r V


'Dari mata yang melihat'.
Apa agenda 2011 yang dapat dilihat dan diterjermahkan.Semakin banyak perkara yang terjadi sehinggakan ada yang tidak mampu untuk menerima dan ada yang menjadi satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan.Diimbas satu persatu,sangat-sangat bermakna.Bermulanya lembaran 2011,masing-masing mempunyai rancangan tersendiri dan melakukan perubahan dalam kehidupan untuk menjadikan perjalanan lebih bermakna sesuai dengan usianya.Ada yang melihat,2011 adalah masa untuk melengkapkan sesuatu yang dirancang sebelumnya dan menjadikan ia sebuah misi yang tercapai ditambah dengan kesabaran dan kematangan yang selari dengan arusnya..'Kotak impian' hampir dapat dilaksanakan dengan sempurna sehinggakan ia menjadi satu kemestian malah kewajipan untuk saling melengkapi.Kata orang,langit bukan selalunya cerah.Ada masa-masanya ia mendung dan hujan turun tak kira waktu yang dimahukannya.Gigi pun terkadang berlaga gusi,siapa tahu.

Bermula dengan perjumpaan sekadar perkenalan dan merapatkan diantara satu sama lain,ia kian terbina dan menjadi satu ikatan yang dilihat sangat kuat.Berani untuk mengatakan bahawa tiada siapa yang mampu untuk memutuskannya malah untuk merengangkannya.Tiada siapa.Kecuali!diri sendiri,kecuali!ada musuh dalam selimut dan mungkin perihal-perihal yang semaksud dengannya.Hendak menyatukan hati manusia yang mempunyai cara dan tingkahlaku yang berbeza,bukan mudah.Masing-masing mempunyai acuan,pendapat dan cara sendiri.Tidak sama.Dari sudut pemikiran juga agak jauh bezanya.Ada yang berkisar tentang sesuatu perkara yang di hadapan sahaja,ada yang berfikiran lebih kehadapan sambil menilainya dan ada yang berfikiran lebih kepada sesuatu yang menongkah arus,dalam erti kata lain tak sampai dek akal manusia biasa.Pokoknya,untuk bersatu memerlukan keharmonian dan penyatuan hati yang sangat kompleks.Dari segi akalnya,percakapannya atau penyampaiannya malah yang paling utama adalah kesatuan jiwa dan hati.Jika segalanya berjalan lancar,Insyaallah mungkin pertalian yang dibina akan kekal selamanya.Jangan kita berhubung untuk berkawan,berhubunglah kita untuk BERSAHABAT.Jauh bezanya.
Kadang-kadang,sedih melihat ada diantara mereka seperti tidak lagi bersatu hati.Ibarat berlaga angin dalam diam.Tidak dapat dihidu oleh orang lain.Tetapi,tingkah laku dan tutur kata seperti memberi gambaran apa sebenarnya yang berlaku dalam sesuatu institusi yang luarnya tenang dan dalamnya penuh bergolak.Dek sedikit kesalah fahaman,habis binasa setiap kebaikan sebelumnya.Takkan mahu membiarkan ia berlaku begitu sahaja tanpa ada penyelesaian yang mampu untuk dilakukan.Rasa pelik pun ada.Ya,rata-rata,akalnya bukan lagi seperti kanak-kanak,sudah dewasa menuju kematangan seorang manusia biasa.Masing-masing sudah mampu menilai,mana baik dan buruk sesuatu perkara.Takkan masih mahu ditegur,nanti ada pulak yang terasa dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.Posisinya sudah ada,cuma cara penterjemahannya agak 'rendah'dan 'canggungnya' tampak 'sumbang'.Kondisinya perlulah sealiran dengan perubahan.Kini dah tiba waktunya untuk memperlihat apa yang kita pernah bersama katakan.Sampai bila-bila kita akan terus BERSAHABAT.Misal kata ada sedikit salah faham antara satu sama lain,apa salahnya saling meminta maaf dan saling memaafkan.Takkan bila tiba hari raya sahaja baru hendak meminta maaf.Tidak perlu begitu.Betulkan?

Hendak diceritakan,memang terlalu banyak.Secara peribadi,pada tahun 2011,ada satu perkara yang sangat menyentuh hati.Sesuatu perasaan yang bercampur baur dan sukar untuk diluahkan dengan perkataan.Ya,13.6.2011,tarikh yang pada ketika itu baru tiba di rumah,masih dalam keletihan yang teramat sangat.Ada yang membuat panggilan untuk meminta bantuan dek kerana permasaalahan yang dikira agak besar.Hendak taknak,dek kerana dia adalah yang rapat,mengagahkan diri untuk membantu.Di saat berada bersama,dikejutkan dengan cerita yang mungkin bagi kalangan yang tiada dalam situasi,ia sama sekali tidak masuk akal.Hendak dimarah,hanya mendengar dari sebelah pihak,hendak dibiar,seperti tidak mengendahkan.Tapi apa boleh buat,mereka melakukannya dengan sangat terancang.Tanpa sedar dan menghidu gerak laku.Kata-kata yang terkeluar ketika itu'gua kene game!!!haha'.Ya,situasi itu tidak akan dilupakan.Untuk pertama kalinya,hidup pada usia ini,menerima kejutan yang sedemikian.Terima kasih yang melakukannya.Anda melakukannya dengan cukup baik hingga mengukir senyuman hingga ke hari ini.

Berselang beberapa minggu,ada lagi perancangan yang telah dilakukan.Berjalan sakan,atas nama KAKKI JALANAN*.Bukit tinggi-Cemaroon Highland.Sangat mengembirakan.Aktiviti yang perancangannya dilakukan dengan betul dan menguji kesabaran yang amat tinggi.Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Masa berlalu amat pantas.Hadir pula bulan Ramadhan.Di situ,ada perancangan yang telah dilakukan,berbuka bersama.Terasa masa itu sangat diisi dengan aktiviti.Kebanyakannya bersama Sahabat.Bukanlah tiada langsung bersama keluarga.Mesti ada.Apa jua keadaan,keluarga adalah yang pertama.
Selesai menikmati nikmat Ramadhan,Syawal pula menjelma.Dihabiskan awal-awal Syawal bersama keluarga dan sanak saudara.Ke sana dan ke sini,ziarah menziarahi dan tak lupa juga sahabat handai.Amat menyeronokkan dan masa itu sangat diisi.Berakhirnya Syawal,semuanya telah kembali kepada impian masing-masing.Ada yang kembali bekerja dan menyambung pengajian mereka.Menuju dan mencari destinasi yang diidamkan.

Bila direnungkan kembali,sampai bila hidup terus begini.Seperti tiada arah tujuan yang pasti.Tidak ada falsafah sendiri untuk mengharungi kehidupan pada bumi yang sementara ini.Usia semakin meningkat,jika ditanya adakah telah ditemui sebenar-benar kehidupan dan juga tujuan,jawapannya tidak.Melakukan rukun kedua Islam pun terkadang alpa.Permainan duniawi kini cukup melampau dan membuatkan manusia leka malah tidak sedar bahawa masa itu kian suntuk.Jika hendak diceritakan lagi tentang 'isi' 2011,memang terlalu banyak untuk dikongsikan.Apa pun,ia terpaksa diringkaskan.Hanya bingkisan kejadian yang dapat diselitkan.Hati manusia ini diuji dengan pelbagai perkara yang amat berat untuk diterima.Mungkin kerana terlalu mengharapkan sesuatu perkara itu terus terjadi tanpa memikirkan kesan kepada pihak lain.Hendak diredahnya ombak,tetapi tidak membuat persediaan dari segi fizikal dan mental.Harapan yang terlalu tinggi dan jauh dari realiti yang terjadi.Apa pun,ia sudah terjadi.Tidak akan sesekali melupakan dan sangat mengharap diberi kekuatan untuk setia menunggu.Menunggu sehingga jawapan yang sebetulnya pasti.Bukan mudah untuk muluahkan rasa kepada insan lain.Sama sekali teramat payah.Apa pun,realitinya,dia semakin jauh dan seperti menjauh dan mungkin tidak akan kembali kepada keadaan sedia kala.Pengharapan itu tetap ada kerana,dia adalah 'warna baru'.Warna baru yang pernah melengkapi dan mewarnai.

Ada satu ketika,merasakan hati kecil ini telah diambil oleh manusia sangat-sangat sempurna.Dia memberi segalanya dan mencurahkan segalanya demi sesuatu yang dapat menghiburkan.Tetapi,semua itu tidak terjadi kerana,ada yang lebih baik memilikinya.Apa pun dia telah mengukir sesuatu yang sangat bermakna dan sempurna.Penghabisannya,banyak perkara yang dapat dipelajari.Erti kehidupan itu perlu dipelajari demi untuk meredah dan menerokai kehidupan seterusnya di dunia mahupun akhirat.Bukan dugaan itu disengajakan untuk datang,tapi ia adalah semata-mata untuk menguji kekuatan manusia sama ada mampu untuk menghadapi ataupun tidak.Semoga diberikan lagi kesempatan untuk terus mencari dan mempelajari apa yang dikatakan kehidupan.

( ^ __ ^ )'...

No comments:

Post a Comment