Tuesday, November 6, 2012

pengertian.

saatku sendiri,
hujan turun membasahi bumi,
melenyapkan suasana,
entah apa entah bagaimana.

tujuh puluh tiga,
mana satu yang harus dipilih,
untuk meneruskan sedia ada,
ke arah yaag berbalik,
atau lurus menuju kekasih.

bersama selamanya,
mencari selamanya,
satu arah selamanya,
mungkin tidak lagi selamanya.

beribu kalimah telah diberi,
apa mungkin mengerti,
mana satu yang benar dan abadi,
apa mungkin masih mencari.

Aku hanya mampu berserah,
kerana kau lebih mengerti,
apa yang perlu pada diri,
saat sedar  akan berkumpul,
pada suatu hari,
akan terbongkar segala rahsia,
di sebalik setiap wajah,
kebenaran tidak lagi diselindung.

tubuh ini akan diserahkan,
melaksanakan arahan baru,
berbeza dari dunia,
tempat yang telah ditentukan,
arah telah ditetapkan.







No comments:

Post a Comment