Sunday, August 14, 2011

Ada.

Kami kenal sejak sekolah.Tapi tidaklah kenal rapat diantara satu sama lain.Hubungan kami menjadi rapat apabila masing2 telah menamatkan zaman persekolahan.Malahan ada diantara mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain walaupun berada dalam satu sekolah.Dengarnya agak kelakar.Ada juga diantara mereka ni berlainan sekolah dan berlainan latar blakang.

Masing2 ada dengan cara masing2,perangai,tingkah laku dan bermacam lagi.Dek kerana itu,ia tampak warna warni,sentiasa ada perkara yang mahu dilakukan.Ada berperangai dengan kuat ketawanya,tegasnya,kuat membebelnya,buat lawaknya,garangnya,diam2 ubinya dan macam2 lagi.Dengan erti kata lain semua lengkap dengan ciri masing2.Itulah yang paling susah nak jumpa.Mereka sahaja yang ada,orang lain memang tak ada.Nak dikutkan,dah macam2 perkara dilakukan bersama,dah macam2 aktiviti diaturkan semuanya kata orang tu hebat2 belaka.Diaorang semua memang terbaik.

Tinggal tak jauh,satu tempat,mudah nak buat aktiviti.Walaupun kadang2 tu ada diantara mereka tak dapat nk ikut sama.Tak hari ni,hari lain.Banyak masa lagi.Bila dah kenal mereka ni,susah nk lepaskan,kata org tu berat hati mau pergi.haha.Tapi kadang2 tu terfikir,sampai bila nak teruskan berfikir tentang org lain tapi diri sendiri masih macm gitu.Tidak dinafikan juga,tanpa mereka mungkin gelak tak smpai mcm gini.Ya,mereka sangat2lah penting.Satu persatu yang jadi,tapi mereka tetap bersama.Walaupun kadang2 tu memendam rasa,rasa bengang,geram.Tapi,bila hari raya,minta maaf balik.haha.( ^ __ ^ )’.Kot2 ada yang terasa janganlah marah.

Jelas terbukti,mereka adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik.Mereka sentiasa ada walaupun ada masa2nya seperti kehilangan sesuatu.

Mereka ada walaupun nampak seperti tiada.

No comments:

Post a Comment