Wednesday, August 17, 2011

Kadangkala.

Moga hari ini lebih baik dari semalam.Moga apa yang berlaku menjadi iktibar dan pengajaran, jua memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.Secara tidak sengaja atau sengaja,perkara yang telah berlaku seperti tidak dirancang.Mungkin atas dasar kebetulan.Membangkitkan emosi sebenar teramatlah payah untuk waktu ketika ini.Teramat sukar.Ada yang melihat dan mentafsirkan dengan bermacam andaian mengikut kehendak diri masing-masing.Cuba untuk menidakkan,tapi mampukah untuk berselindung,mencari jawapan yang selainnya?

Mengapa terus begini,sikap,keegoan yang amat tinggi sehingga perkara yang sentiasa bersama dengan kita semudah-mudahnya ditolak ketepi.Atas dasar apa ia berlaku?Ketidakpuashatian atau sekadar melayan keegoaan diri sendiri.Barangkali mahu membuktikan kita manusia yang tetap pendirian dan berpegang kepada falsafah ciptaan sendiri .Kadangkalah falsafah ini yang memakan diri dan memberhentikan niat malah membutakan jiwa.Lihatlah,tak semua menjadi harmoni.Kadangkala perlu juga mendengar dan mengalah dengan mejoriti yang mahukan keadilan.Berpandukan dari sudut yang menggunakan akal dan hati ia mampu untuk menciptakan sesuatu yang di luar jangkaan malah ia mampu manjadi satu keadilan kepada semua.Tak semua yang dirancang mampu menciptakan kenyataan.Dasarnya kenyataan mampu dijelmakan dengan niat dan hati yang ikhlas.Jangan mudah untuk tidak berpuas hati kepada orang lain.Mungkin itu adalah harinya,takdirnya dan perjalanan hidupnya.

Kebiasaanya orang berkata hidup ini umpama roda,seketika berada di atas dan seketika berada di bawah.Tak semuanya kekal.Tempat jatuh dikenang inikan pula tempat bermandi manda.Dalam setandan pisang,tak semuanya busuk.Ya,hidup ini sentiasa berkisar tentang peribahasa yang diciptakan oleh ‘Pak tua’ dahulukala.Cukup ringkas dan padat dengan maksud yang tersirat dan mungkin juga yang tersurat.Mahukan menjadi yang terbaik usaha yang kuat mesti ada.Berpandukan petunjuk oleh-Nya dan sentiasa memohon dari-Nya supaya diberikan petunjuk dan jalan yang betul.Kadangkala sesuatu perkara yang ingin kita ketahui,kita langsung tidak berinteraksi antara satu sama lain tetapi lama kelamaan ia dapat diketahui.Tidak perlu untuk diterangkan lebih lanjut,anda sendiri mampu untuk memikirkannya.

Kadangkala cuba untuk membandingkan diri dengan orang lain.Tetapi apa yang menjadi kurang eloknya adalah membandingkan diri, ia penuh dengan unsur nagatif.Langsung tidak memperlihatkan dari sudut yang positif.Ya,perbandingan memang perlu untuk menjadikan diri lebih baik dan membina pendirian,tapi tidak perlulah untuk membuat perbandingan sehingga merosak sesuatu institusi yang telah dibina sekian lama.Contohnya seperti membina persengketaan sesama manusia dan memusnahkan sesuatu hubungan.Kelihatan amat pelik,tapi itulah situasi yang berlaku pada hari ini.Hidup ini bukan lama,hanya sementara.Gunakanlah nikmat yang sementara ini dengan sebaiknya.Diberikan akal untuk berfikir,diberikan hati untuk ‘merasa’.Lakukanlah mengikut kesesuaian dengan kehidupan yang semakin berusia.

No comments:

Post a Comment