Monday, August 1, 2011

warna yang pudar.

Sudah hilang sesuatu.Terlalu pantas.Ia datang dan pergi begitu sahaja.Sukar untuk mengawal sesuatu yang bukan kita pemiliknya.Agak jauh bezanya,agak renggang ikatannya.Ya, langsungnya terputus.Untuk disambungkan kembali agak mustahil.Sedar atau pun tidak ia pudar.Tiada apa.Dibaratkan seperti tanah gersang,kering tiada apa,hanya debu.

Bergelora tidak terjangka,
Dari rasa,sebuah kisah,
Perjalanan mengilhamkan,
Satu kata yang sempurna,
Mungkinkah aku yang bersalah?
Terlalu mencari dimanakah cinta,
Mengharapkan rasa,
Sama rasa,
Sehingga tak terucap segala gelisah,
Saatnya hanya seketika cukup mewarnakan,
Masa sekadar berlalu,
Belalu pergi tiada bererti.

Tubuh hanya sekadar gerakan,
Bermain irama dalam anganan,
Tiada ajar yang diharapkan,
Sekadar hasrat sebuah perhiasan.

Nak perang nasib tak terjangka,
Nak tafsir mimpi tak terlihat,
Kerana dalam perjalanan ada dia,
Walaupun seketika memancarkan wajah keindahan.

No comments:

Post a Comment