Tuesday, August 2, 2011

BERLAMA-LAMA.

Ya,memang lama.Jangka masa yang terlalu lama.Tak sedar ia berlalu terlalu pantas.Tetapi,ada perkara yang masih belum selesai pada jangka masa tersebut.Masih lagi seperti itu,tiada apa,tiada perubahan.Duduknya sama,tetap.Di mana hilangnya satu perkara yang biasanya menjadi keutamaan.Hanyut,terlalu hanyut dengan perkara yang bukan ada pada jiwa,kosong.Alhamdulillah,ada yang telah memberikan satu jalan,jalan mudah tetapi agak berliku.Menuju ke suatu perkara yang diharapkan.Pengharapan yang terlalu tinggi dan perbuatan yang terlalu rendah.Tidak sempurna.Kesimpulannya, tidak mampu untuk dilaksanakan dari jiwa yang terlalu rendah.
Ya,barangkali ia bukan sesuatu yang penting pada hari ini,mungkin belum sampai pada waktunya dan mungkin memakan masa yang agak lama untuk sampai kepadanya.Teramatlah gembira melihat di sana sini,mereka ketawa riang bergembira,berjimba-jimba bersama,mengambil penuh kenikmatan yang sementara dengan cara yang cukup sederhana.Ya,mereka cukup mewarnakan.Dalam apa jua keadaan,mereka masih lagi bersama.
Dikatakan seperti dalam anganan,cuba juga berusaha untuk menjadikan ia sebuah realiti.Ya,mungkin memakan masa yang agak panjang dan mungkin tiada lansung masanya.Agak mustahil,terlalu mustahil dan barangkali tiada usaha ke arah itu.Tanya pada diri sendiri,adakah sudah cukup langkah yang dilakukan?mungkin jawapannya tidak,ia kerana terlalu cepat berserah.Sempurnakan apa yang masih belum sempurna,apa yang ingin dicari.Bukakan minda,tafsirkan apa yang dilakukan mestinya benar dan tepat.Diharapkan semuanya berlaku dengan baik dan berjalan seperti biasa.Tiada apa lagi yang mahu difikirkan.Tiada apa lagi.Mungkin, kembali saatnya jika terlalu terdesak dan tersendat kelihatannya.Selip sentiasa terbentang luas bila kena pada kalanya.Mudah-mudahan sempurna.

-D.M.Y.M-

No comments:

Post a Comment