Monday, January 28, 2013

sekilas lagi.

Kau mahu itu kau mahu ini,
Tapi kau tak tau mana satu pilihanmu,
Dari sudut pandanganmu segalanya boleh kau terima,
Dengan sedikit bisikan naluri kau boleh menerima.
Apa mungkin suatu hari kau mampu membuat keputusan,
Malam disangka masih muda hakikatnya ia mulai tua,
Kehidupan yang kau sangka panjang hakikatnya ia mulai tiada.
Sehingga hari ini kau masih lagi mencari,
Tapi belum jua kau ketemui,
Di mana silapnya,
Adakah kau tidak mengambil peduli,
Atau kau lebih mementingkian diri sendiri.
Sedarlah dari lamunan,
Watak yang kau sangka kekal itu ia bukan yang abadi,
Suatu masa kau akan temui jua watak yang abadi lagi hakiki,
Watak yang kau tak sangka-sangka yang kau hadapi,
Membongkar segala macam rahsia,
Yang mungkin kau sembunyikan.

No comments:

Post a Comment