Sunday, March 24, 2013

Sedikit cerita.

Pada suatu masa...
Cerita aku tentang satu perkara.Tiada sembang formal sekadar berseloroh.
Cerita sahaja apa yang ingin diceritakan.
Kongsi sahaja apa yang ingin dikongsikan.
Tiada rahsia tapi acap kali dikatakan ia adalah rahsia.
Bukan mahu berselindung tapi mencari bagaimana mahu bermula.
Itu tidak penting kerana bukan itu kandungannya.
Dalam ketika itu tiada ilham mahupun idea yang mahu disampaikan.
Dengan nada jelas dia mahu cerita dia di sini.  
Dia mahu cerita dia dalam ruangan dentang denting ini.
Katanya perkara itu adalah yang semulajadi.Kononnya perkara comel(comel lah sangat).
Diikuti kembali, kurang temu mata, sekadar komunikasi gelombang bunyi sahaja.
Bagaimana mahu dimulakan.
Tiada yang mustahil, mungkin dengan asas yang sedikit mampu memberi seperti yang diharapkan.
Akan diusahakan.
Yang penting bukan hari ini.
Akan sampai masanya nanti.Mungkin buat dia terasa comel(kata dia).-kata aku,comel lah sangat,perasan lebih.-
Apa pun,buat sahaja orang gembira.Biar senyum melerek lerek.
Itu yang termampu.Nak atau pun tidak dihargai,terpulang.
Hadapi dengan senyuman.
Kerana senyuman itu satu azimat.Mahal harganya.(ini semua poyo)
Itu mungkin bahagia yang jauh.   
   

 


No comments:

Post a Comment