Tuesday, April 16, 2013

pesanan.

dentang denting suka suka aku:Sedikit yang luas.

Alhamdulillah..
ini adalah pagi menarik.(padahal, hari-hari memang menarik haha..tapi kali ni 'feel'nya lain sikit.)
cuma ada sikit perbezaan.Ia membawa kepada pemikiran yang lebih kehadapan.
Barangkali seorang sahabat dan sahabat seterusnya bertanya dan memberi nasihat.
Nasihat yang mungkin membawa kepada suatu perubahan,Insyaallah.
Ia tidak membingungkan tetapi ia membawa kepada realiti sebenarnya.
Ya,yang diakui bahawa aku belum ketemui.Ketemui yang dicari.
Dan jawapan aku beri adalah berdasarkan nasihat dari 'pak tua' juga iaitu,
'bagi ana tuan,ana rasa ana tak pakyah bersusah mencari jodoh,jodoh tu dah ditetapkan oleh-Nya,
yang ana mencari sekarang ni adalah hidayah.Ana rasa ana masih jauh tersasar'.
Jawapan tuan,'Insyaallah,pasti akan ada yang bermukim dalam hati.Betul tu,yang betul-betul perlu dicari adalah hidayah.Tetapi jodoh pun kena diusahakan.Insyaallah,niat baik,pasangnya pun akan baik'.
Aku',terima kasih tuan.Tuan doakan yang baik-baiklah untuk saya'.
Dan ada juga perbualan tentang penghijrahan.Bukan setakat hijrah jiwa dan raga tetapi penghijrahan
punca rezeki.Kata orang rezeki lebih.Sampai bila mahu berada di tahap ini.Hijrahlah.Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik.
Mungkin di situ akan temui sesuatu yang di cari barangkali.(yang ni ayat nyedapkan hati hehe)
Mana-mana pun boleh,pokok pangkalnya adalah hati.
Segala yang kita buat mestilah kerana ALLAH dan atas jalan dan petunjuk dari ALLAH.
Insyaallah,semuanya akan baik-baik saja.
Mudah mudahan pasang niat yang baik ini akan berakhirnya baik.
Kehidupan kita bukan setakat di sini sahaja tetapi kita ada satu lagi kehidupan yang nyata jauh berbeza seperti di sini.
Terima kasih kepada sahabat yang masih memberi nasihat kepada diri ini.
Hanya Tuhan yang mampu membalasnya kepada kalian.


No comments:

Post a Comment