Tuesday, June 24, 2014

Assalamualaikum.
woww.berbulan bulan barangkali.tapi takpa, belum sampai setahun lagi.Apa kabar kalian.Moga sentiasa dalam keadaan sihat dan di dalam rahmat-Nya.Banyak mau kongsi.Tapi sikit-sikit ajalah.Bukan semua suka baca.hahaha...
Banyak perkara berlaku sebelum ni.Tapi di sini kasi kongsi yang manis-manis ajalah.Yang pahit simpan sendiri.haha..
Kata Dato M.nasir,'orang kita memang suka perkara yang tounching2,lawak,kelakar tak kisah dari drama t.v swasta,lagi-lagi filem mahupun kehidupan harian'.haha..nampak.
Dari dulu lagi bukan sekarang ni.Memang macam gitu.Okey,patah balik apa yang nak kongsi tadi.Cerita biasa,tapi bagi aku ia luar biasa.Aku berjumpa dengan penghibur yang bukan calang-calang manusia.Kata orang saat yangku idamkan atau pun pucuk dicita ulam mendatang.fuhhh...perkara selama ini sangat dinanti.Jumpa pulak di studio beliau.Sekali jumpa nampak macam tak mau layan atau kata lain sombong sikit la.Nyata meleset.Ramah bukan main.Bertalu_talu soalan yang disoal.Memang betul kata seorang sahabat,sepupu beliau juga,'M.nasir ni memang orang yang suka nak tau,itu pasal dia suka tanya banyak soalan'.
sikit perbualan dia macam gini la:
Aku:assalamualaikum datuk.
M.n:waalaikummusalam.emm..apa kau buat kat sini?
Aku:saya datang ambik cd konsert datuk.cd konsert datuk dengan kembara yang buat di singapore tu.lagi satu dengan iringan orkestra tu.
M.n:haha..oh cd yang tu.okey.apa nama kau?
Aku:syukri.(nampak dia nak masuk bilik dia.tapi dia patah balik.)
M.n:engkau kelab sahabat ke?
Aku:ye saya.
M.n:jom duduk dulu.kau asal mana?
Aku:negeri sembilan.tapi kat sini duduk paya jaras.
M.n:oh..lama da engkau duduk sini?
Aku:ada dalam 3 tahun.sebelum ni duduk ukay perdana.
M.n:oh..apa kerja kau?
Aku:saya technician biasa.check barang-barang welding.
M.n:macam mana tu?aku tak paham.
Aku:(halamak serius pulak muka datuk ni,ingin tau sangat tu haha)macam mana saya nak terangkan.contoh macam gini datuk,bila orang siap welding kerja saya check okey ke tak.
M.n:Oh okey.aku paham sikit.
Aku:(okey janji dia paham haha)itu hari konsert sang pencinta best la datuk.
M.n:haha..okey la.yang penting orang suka.
Aku:yang konsert dengan kembara tu bila pulak datuk?
M.n:Konsert tu mungkin pertengahan tahun 2014.macam bulan 5 atau bulan 6.gitu la.kalau tak jadi tengok la hujung tahun.dalam bulan 11 mungkin.
Aku:oh okey.saya pasti datang.haha.
*Banyak lagi benda yang gua bual sama beliau.tapi tu rahsia sikit la.haha...
kesudahannya,beliau ajak gua bergambar.haha..pelikkan.padahal gua dalam hati beria-ria nak bergambar dengan beliau ni.haha
Apa pun beliau memang serius punya orang.jarang-jarang dia ada buat lawak.apa pun semuanya okey.Pertama kali berkomunikasi depan-depan.haha..

keadaan hari ini tidak seperti keadaan sebelumnya.Bersyukur dengan setiap ketentuan-Nya.Masih lagi dikelilingi manusia yang tinggi budi pekerti dan kadangkala juga ada yang diluar jangkaan.Realitinya ia jelas tidak seperti dahulu.Berlandaskan atas beberapa faktor barangkali.Masing-masing ada kehidupan masing-masing.tidak boleh dipersoal kerana itu kehidupan dan peranan mereka.hanya yang boleh berubah adalah dari kebaikan kepada keburukan dan dari keburukan pada kebaikan.Dimana langit yang dijunjung adalah sama.Awan yang kelihatan adalah sama.Angin yang berlalu adalah sama.Matahari yang terbit juga adalah sama.Bezanya adalah dimana.
Kadang resah,
Bagaimana aku selepas ini.
Hanya tetap di sini?
Atau berpaling dari biasa hari ini?
Hanya Dia yang mengerti isi hati,
Bagaimana dan apa yg bakal terjadi,
Kerana engkau adalah watak hakiki,
Yang memainkan peranan dalam duniawi.
terima sajalah apa yang diberi.
(^__^)'





No comments:

Post a Comment