Monday, October 6, 2014

Nyata

NYATA

Nyata..jelas ia semakin nyata,
beban yang selama ini dirasakan,
Ia semakin nyata.
Ini kali wajip menarik diri,
Ini kali tidak akan lagi cuba menghampiri,
dan ini kali biar bersendiri.
kau tak tanya kau tak tahu,
kau hentam kromo bagai engkau sudah tahu,
cerita benar kau biarkan berlalu,
nyata kekadang kau rasa ia tidak perlu.
tidak lagi memerlukan insan,
acap kali berkata sonsang,
acap kali mahu menang,
dan acap kali kau saja penenang.
Kelihatan kau kadang-kadang berpura-pura,
Berpura-pura engkau tahu segalanya,
walhal kau sikit pun tiada rasa,
rasa yang seperti dahulu kala.
Bukanlah penyesalan bergabung dalam kalangan engkau,
cuma rasa seperti ia satu kesilapan,
kadang terbawa bawa angau,
padahal kau langsung tidak terkesan. 
tak mengapa,
jelas kau hilang ketika ini,
tidak langsung mengharap apa-apa,
cuma kau yang dulu pernah memberi bahagia,
pinjaman yang sementara,
dan perlu dihargai.
cuma hari ini,
perlu menghadapi realiti,
engkau tiada seperti hari sebelum ini,
dan nyata engkau hanya satu persinggahan,
untuk manusia-manusia ini terkesan.

Engkau memberi rasa.
walau pinjaman cuma.
sangat indah.indah bukan hari ni.
indahnya dahulu kala.

 

No comments:

Post a Comment