Sunday, November 2, 2014

DIA TIADA DALAM ADA.

TIADA DALAM ADA.

Lihatlah itu bintang
Petunjukmu di malam kelam
Terimalah takdirnya
Kerana itu rahmatnya.

Sedang kau masih mencari
Di manakah kaki pelangi
Tidakkah kau sedari
warna pelangi itu ada di sisi.

Bangkitlah dan terus melangkah
Tinggallah segala sengsara
Sahutlahlah suara indah
Yang lama sudah menjengah.

Kau pedulikah dengan semua ini
Atau sengaja kau tidak peduli
Mungkin kau juga merasakan
Apa yang aku rasa.


DENTANG DENTING SUKA-SUKA AKU:FEEL MANUSIA LAIN-LAIN.

No comments:

Post a Comment